Hal Rumah Tangga Nabil Rujuk Kepada Ustaz Don.


Pelakon,pengacara dan pelawak terkenal Malaysia iaitu Ahmad Nabil bin Ahmad atau lebih mesra dipanggil Nabil Ahmad ini mendakwa dia sering merujuk pelbagai permasalahan kepada Ustaz Don Daniyal Don Biyajid

Menurut Nabil,dia lebih selesa meluahkan segala masalah yang timbul kepada penceramah bebas itu bagi mendapatkan jawapan yang jelas dan tepat.

Tambahnya lagi, perkara yang paling ditakutinya adalah jika berlakunya keruntuhan rumah tangga yang sering dijadikan jalan mudah bagi setiap pasangan yang mempunyai masalah,ianya menyebabkan anak-anak akan menjadi mangsa dikemudian hari akibat daripada tindakan itu.

Kajian menunjukkan bahawa 70 hingga 80 peratus pesalah juvana adalah daripada keluarga yang mempunyai masalah seperti ibu bapa mereka bercerai.


Disebabkan Nabil sentiasa akan merujuk segala masalahnya kepada penceramah bebas itu meskipun ianya melibatakan hal rumah tangganya.

"Sekiranya saya bermasalah,takkan anak juga perlu menanggung masalah yang sama seperti saya".

Pasangan sejoli ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan yang bernama Naira Mikayla, 6, dan Leyla Medyna, 3 tahun.Sumber-Astro Awani .Editor- Nora