Disebabkan Saya, Suami Di Pulau Oleh Keluarga Sendiri


Setiap ahli keluarga yang sudah mendirikan rumah tangga kadang kala tiada masa untuk bersama-sama adik beradik yang lain.Namun jangan lah disebabkan alasan itu menjadikan putusnya hubungan kekeluargaan yang terjalin.

Kisah yang telah dicerikan oleh salah seorang pengguna laman Facebook menyatakan bahawa dia amat terkilan apabila suaminya dilayan endah tak endah oleh keluarga sendir, sama seperti dipulaukan sahaja.

Katanya, hubungan dia suami isteri baik-baik sahaja tapi tidak bagi adik beradik suaminya.Menurutnya, keluarga disebelah suaminya seperti tidak menyukainya tanpa sebarang sebab.

Memandangkan adik beradik suami hanya 4 beradik sahaja,dua orang sudah mendirikan rumah tangga manakala dua lagi belum berkahwin.

Dahulu,mereka empat beradik sangat akrab,kemana-mana pasti bersama.Namun,setelah mendirikan rumah tangga bersama suaminya,seluruh keluarga suami seperti "memulaukan"suami sahaja kerana kadang kala keluarga sebelah suami pergi bercuti tidak langsung mempelawa mereka untuk turut serta.

Sudah pasti suami terkilan dengan perkara tersebut,iyakah keluarga sendiri "pulaukan"dia.Sehinggalah satu tahap si isteri terfikir untuk meminta cerai kepada suaminya keran tidak sanggup melihat suaminya diperlakukan seperti itu lagi.

Selain itu,si isteri juga telah bermacam-macam cara dilakukan supaya suaminya dan keluarga dapat berbaik-baik seperti dahulu.Bayangkan,segala apa yang dilakukan mereka seperti tidak memperdulikan suaminya sahaja sedangkan kawasan perumahan mereka tidaklah jauh mana.Editor: Nora.Sumber: KRT