Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Jumaat, 27 April 2018

Dira Abu Zahar Bidas Wardina Isu DAP Sebagai Modal Nak Takutkan Orang Islam.


Exco Puteri Umno, Khaidhirah Abu Zahar atau Dira menyanggah kenyataan selebriti, Wardina Safiyyah yang mendakwa DAP digunakan untuk menjadi modal menakut-nakutkan orang Islam.

Menurut Dira, apa yang cuba dipraktikkan oleh pembangkang adalah memperkecilkan hak Islam dan orang Melayu di negara ini.

“Jika tidak, masakan DAP berani menyebut Malaysian Malaysia - satu slogan yang agak panas saya kira; di mana falsafahnya mungkin terkandung bahawa Islam bukan agama rasmi, sebaliknya semua agama patut disama ratakan.

“Ini bermaksud golongan murtad perlu diberi hak. Golongan liberalis perlu dibebaskan. Golongan LGBT, yang jelas mencabar undang-undang agama Islam diberi sanjungan. Inikah yang Wardina mahu?,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dira yang juga seorang pelakon berkata, DAP turut mencabar orang Melayu dan Islam dengan menolak RUU 355 dan mengenakan syarat supaya azan diperlahankan di Pulau Pinang.

“Saya kira Wardina anggap perkara ini remeh kerana tiada falsafah maruah bangsa dan agama di parti sebelah sana. Tetapi bagi kami di sini (Umno & BN) akan tetap teguh pada perjuangan kami agar tidak runtuh dek kejarkan kuasa,” katanya.

Sebelum ini, Wardina dalam satu tulisan Facebook berkata, serangan ke atas pembangkang terutamanya DAP adalah untuk menakut-nakutkan orang Melayu khususnya isu berkaitan Islam.

Sebelum ini Wardina Safiyyah pernah membuat kenyataan berani mengenai pendiriannya terhadap kerajaan sementara BN menjelang pilihan raya umum ke-14.

Menurut Wardina, persepsi adalah senjata yang sering digunakan oleh pemimpin-pemimpin politik sebagai agenda untuk menewaskan pihak lawan.

Justeru, dengan bermain sentimen agama dan kaum, ia dijadikan modal seputar untuk menakut-nakutkan orang Islam.

“DAP sebagai modal nak takutkan orang Islam? Sudah-sudahlah main sentimen agama. Orang sekarang dah bijak banyak. - Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan