Dia Derhaka Dengan Saya, Buat Tak Senonoh Dengan Lelaki Lain, Ustaz Nak Saya Ampunkan Dia


Perkahwinan yang dibina sudah pasti diharapkan dapat bertahan lama dan kekal hingga ke akhir hanyat.Si isteri akan sentiasa cuba untuk menambat hati suaminya dengan pelbagai cara namun jangan tersalah caranya kelak badan binasa.

Biasalah sebagai seorang pendidik,berpindah randah tempat mengajar itu sudah menjadi kebiasaan dalam diri kami.Ikatan persahabatan sudah dibina lebih 7 tahun ini telah menemukannya dengan seorang sahabat lama yang kini mengajar di Johor.Sewaktu sahabatnya yang bernama Arifin hadir ke pejabatnya perasaan seronok dan hiba tidak mampu di sembunyikan lagi.Allahu rindu sungguh.

Arifin tidak sama seperti dahulu,semakin kurus badannya.Katanya,pengajar kena buat bermacam-macam kerja termasuklah soal kokurikulumlah serta menguruskan  acara sukan.Badan gemuk boleh tinggal tulang saja.

Tanpa berlengah, Arifin menyampaikan hajatnya kepada sahabat baiknya yang bergelar seorang ustaz.Kata Arifin isterinya sakit tenat.

Segala apa yang terbuku diluahkan kepada sahabatnya ini,menurut Arifin lima tahun lalu badan isteri nya melepuh-lepuh pada bahagian kaki,paha, perut, dibelakang dan seperti disimbah air panas.

Isterinya bernama ,Niza.Sudah puas Arifin membawa Niza berubat di hospital,klinik ,namun segala ubat yang diberikan oleh doktor seolah tidak mujarab baginya.Tiada sebarang kesan,malah lagi teruk dari itu.

Doktor sendiri memberitahu pihak hospital tidak dapat mengenal pasti apa penyakit isteri Arifin.Bagaimanapun,ustaz ini mencelah dah bertanya sama ada Arifin ada mencuba berubat perubatan kampung ataupu tidak.

Sudah semestinya sudah,namun,bomoh berkata kena buat dek orang lah, terlanggar kawasan bunian lah ,dan kena sampuk.Bab duit ,sejujur Arifin menyatakan banyak menghabiskan demi menyembuhkan isterinya.

Hari demi hari,lepuh-lepuh itu bertambah hinggakan wajah isterinya dahulu cantik kini bertukar menjadi ngeri dan tubuh badannya juga semakin hari semakin susut.

Lebih dahsyat lagi lepuah itu bertukar menjadi mengerutu sama seperti badan katak puru,timbul bisul di merata tempat dari muka sehinggalah ke kaki.


Rata-rata kawan Niza yang hadir melawatnya tidak dapat mengenalinya lagi disebebkan itu Niza berhenti kerja kerana malu dengan raut wajahnya yang hodoh.

Seteleh 3 tahun berlalu,penyakit isterinya semakin bertambah teruk,sehelai demi sehelai rambutnya gugur dan menjadi hampir botak.Manakala,kuku kaki dan tangganya menjadi lebam dan bertukar menjadi seperti ada darah beku didalamnya.

Setiap hari menderita meracau.Namun bagi sahabatnya yang bergelar ustaz ini,sekiranya seseorang itu meracau sudah pasti dia akan meluahkan segalanya.

Arifin menyatakan,isterinya itu ada meminta ampun tanpa sebarang sebab kepada dirinya.Bila ditanya mengapa minta maaf,isterinya hanya diam.

Sebelum Arifin pulang,sahabatnya ada menyatakan akan datang ke rumah Arifin pada malam esok.

Hari yang ditunggu telah pun tiba,maka ustaz ini masuk ke bilik isteri kawan baiknya bagi melihat sendiri penderitaan yang dialami oleh Niza.Benar,serupa mayat hidup,cengkung,dan rambutnya hampir botak.

Bukan saja itu,kemaluan Niza juga mengeluarkan cecair busuk seperti nanah. Ustaz ini ada juga memesan supaya Niza memohon ampun kepada kedua ibu ayah dan mak serta bapa mentuanya.Semua itu telah dilakukakannya.

Sebelum ustaz ini pulang,dia ada memesan supaya Arifin membuat solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya


Beberapa hari kemdian,Arifin menelifonnya dan berkata “Sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu”.

Tiga malam lepas Niza telah menceritakan segala-galanya kepada Arifin bahawa dia memasukan darah haid dan air maninya ke dalam makanan yang dimakan oleh Arifin tujuannya supaya suaminya itu mendengar segala apa yang diperkatakannya.Bak kata orang tunduk kan lelaki.

Lebih menyedihkan Niza juga menggakui melakukan zina bersama lelaki lain semasa ketiadaan Arifin di rumah.

Pada mulanya Arifin tidak mahu memaafkan Niza,namun setelah dipujuk sahabatnya,Arifin akur dan melepaskan Niza dengan seikhlas hati.

Jadi kesimpulannya, cara sebegitu bukanlah cara terbaik untuk membuatkan seorang suami lebih menyayangi isterinya,tambahan pula,ianya salah disisi agama Islam.Editor- Sofia