Demi Susukan Kekasih Gelap, Ibu Abai Bayi Minta Susu.


Seorang suami tidak menyangka isterinya sanggup berlaku curang dibelakangnya walaupun ketika itu dia baru sahaja melahirkan anak mereka dan sedang menjalani tempoh berpantang.

Menurut Daus, 26 tahun dia tidak menyangka bahawa isterinya akan berlaku curang dengan sahabatnya sendiri.

Wanita tersebut dikatakan sanggup mengabaikan bayinya yang sedang merengek menangis meminta susu bagi memuaskan nafsu lelaki yang menjadi teman kecurangannya.

Apa yang lebih mengejutkan adalah wanita berusia 21 tahun tersebut baru sahaja melahirkan anak sulungnya itu serta masih lagi dalam tempoh berpantang ketika melakukan kecurangan tersebut.

Menurut Daus, dia yang berada dalam tahanan penjara selama 3 minggu akibat daripada terlibat dalam satu kes jenayah kecil terpaksa menerima semua dugaan yang menimpanya itu termasuk kecurangan isterinya.

Menurut Daus, dia terlalu mempercayai rakannya sehingga memberikan kepercayaan terhadap rakannya yang dikenali sebagai Wan untuk menjaga isteri serta anaknya itu sepanjang dia berada dalam penjara.

Dia tidak menyangka bahawa rakannya itu tergamak mengambil kesempatan ke atas isterinya sekaligus mengkhianati kepercayaan yang diberikan terhadapnya.

Kecurangan yang terjalin antara Wan serta isterinya itu terbongkar secara tidak sengaja selepas dia melihat beberapa gambar di galeri telefon bimbit milik isterinya dalam keadaan bermesraan dengan Wan.

Bukan itu sahaja, Daus turut mendakwa bahawa isterinya itu tergamak meninggalkan bayi mereka yang sedang merengek meminta susu semata-mata mahu bersama dengan Wan.

Bagaimanapun ketika ditanya oleh pemberita mengenai status hubungan dia dan isteri, Daus memberitahu bahawa dia masih lagi belum dapat memberikan apa-apa kata putus.

"Saya telah pun membuat perancangan awal untuk bercerai dengannya selepas mengetahui kecurangannya tetapi ianya belum di muktamadkan lagi memandangkan bayi mereka masih lagi memerlukan air susu ibunya," kata Daus menjelaskan situasinya sekarang.