Datin Mengaku Tidak Bersalah Akses Komputer Tanpa Kebenaran.


Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah menjatuhkan hukuman terhadap seorang ahli perniagaan wanita didapati telah mengakses komputer yang mengandungi fail mesyuarat kelab tanpa sebarang kebenaran daripada pihak tersebut,tiga tahun lalu.

Tertuduh dikenali sebagai Datuk Gee Siew Yee, 56,telah mengaku bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibaca dihadapan Hakim Zaman Mohd Noor.

Menurut laporan, Siew Yee telah mengakes komputer milik Pengurus Teknologi Maklumat Kelab Taman Perdana Diraja Kuala Lumpur, Brian Periera, 32, untuk mendapatkan tiga fail mesyuarat kelab terbabit.

Kejadian dipercayai berlaku di kelab tersebut yang terletak di Dang Wangi pada pukul 8 hingga 5 petang pada 29 September 2015.

Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Jenayah Komputer 1997 dan sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan telah dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Noor Jazilah Mohd Yushaa ,tertuduh pula diwakili oleh peguam,R Ramesh Sivakumar.

Sebelum ini Noor Jazilah,telah mencadangkan tertuduh diikat jamin dengan RM8,000 dengan seorang penjamin,tetap peguamnya memohon supaya jumlah tersebut dikurangkan kepada RM5,000 atas alasan anak guamnya bukan individu berisiko untuk melarikan diri.

Walau bagaimanapun, pemohonan Siew Yee yang menyandang jawatankuasa di pusat kelab berkenaan telah diluluskan oleh pihak mahkamah diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tertuduh dilarang sama sekali menggangu atau mengacam saksi pendakwa.Sebut semula kes telah ditetapkan pada 18 Mei ini. Sumber-Harian Metro.Editor-Nora