Cubaan Edar Syabu Dalam Plastik "Muruku Ikan" Akhirnya Tumpas


TAWAU - Seorang lelaki warganegara asing dipercayai menjadi pusher dadah berjaya ditahan pihak polis.

Polis Daerah (IPD) Tawau, telah berjaya menahan seorang pengedar dadah hasil daripada maklumat Volenteer Smartphone Patrol (VSP).

Menurut,Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Bin Hj. Marsus berkata pengedar dadah tersebut yang berusia 30 tahun itu adalah dalang dalam pengedaran dadah di kawasan Kampung Vietnam, Tawau.

Pasukan Ops Cegah Jenayah dari Bahagian Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) Tawau telah mendapat maklumat daripada VSP pada ketika itu terlihat kelibat lelaki warga asing ini dalam keadaan yang amat mencurigakan dan apabila pihak polis mendekatinya lelaki ini terus melarikan diri.

Walau bagaimanapun, suspek berjaya ditahan namun telah bertindak ganas semasa pihak polis cuba mengarinya.

Hasil daripada pemeriksaan,pihak polis berjaya menemui satu bungkusan plastik putih yang tertera "muruku ikan" namun apabila dibuka terdapat satu lagi plastik besar segi empat yang meengandungi dadah jenis syabu seberat 5.2 gram didalam plastik itu.

Sejurus kejadian, suspek warga asing ini telah dibawa ke IPD Tawau untuk tindakan selanjutnya. Kes kini disiasat mengikut seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.Selain itu, suspek juga dikatakan positif Dadah jenis Methampetamine.Editor: Rizal Hakimi .Sumber: Unit Media PDRM Tawau