Cikgu Ditahan Cabul Murid Tahun Dua Di Miri.


Miri - Seorang guru ditahan oleh pihak polis selepas dipercayai telah mencabul kehormatan seorang pelajar perempuan Tahun dua.

Guru terbabit yang berusia 40 tahun adalah merupakan seorang guru di sebuah Sekolah Rendah di Batu Niah.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Datuk Dev Kumar, guru terbabit telah dihan pada pukul 3.30 petang semalam di pekarangan Balai Polis Miri.

"Mangsa adalah merupakan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang kini belajar di Tahun Dua.

"Namun begitu menurut kenyataan mangsa, perbuatan cabul berkenaan dipercayai telah pun berlaku sejak mangsa di Tahun Satu lagi," katanya dalam kenyataan pada hari ini.

Menurut Dev, perbuatan guru tersebut terbongkar apabila mangsa telah menceritakan kejadian yang menimpanya itu kepada ibunya yang berusia 26 tahun.

Manurut ibu mangsa, anaknya itu telah memberitahu kepadanya bahawa guru berkenaan sering mencabul kehormatannya dalam kelas di belakang meja guru yang menjurus kepada laporan polis yang dibuat pada bulan ini.

"Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 14 (a) dan 16(1) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017," katanya sambil menambah perintah untuk mendapatkan tahanan reman akan dibuat pada pagi ini.