"Bukan Baby Bump ", Fazura Nafi Hamil.


Pelakon dan penyanyi jelita Nur Fazura Binti Sharifuddin atau lebih mesra dipanggil dengan panggilan Fazuran ini telah dilahirkan pada 27 September 1983.

Fazura juga dikenali sebagai salah satu pelakon dan selebriti yang paling bergaya di Malaysia wajahnya sering muncul di kebanyakan majalah hiburan dan fesyen.

Baru-baru ini ada yang menyatakan bahawa Fazura kini berbadan dua selepas gambar yang memaparkan terdapat perubahan pada perut pelakon jelita ini.

Namun,Fazura menafikan dakwaan itu dan menerangkan bahawa itu hanyalah ilusi daripada potongan rekaan baju berkenaan yang menampakkan seperi 'baby bump'.

"Bukan 'baby bump' ianya adalah ilusi daripada potongan kain yang telah direka,dan mungkin materialnya membuatkan saya kelihatan seperti sedang hamil".

Tambahnya lagi,sekiranya mahu melihat gambar tersebut dengan lebih jelas,boleh dilihat melalui akaun Instagram kelab peminatnya iaitu @fazbulouswarriors.


Pelakon cantik ini juga turu menyatakan sekirannya dia disahkan hamil ,pasti akan memberitahu seluruh peminat nya yang menantikan detik gembira itu.

Fazura telah sah menjadi isteri kepada pelakon terkenal Fattah Amin pada 27 November tahun lalu dan sentiasa meminta agar para peminatnya mendoakan yang terbaik buat dirinya.Editor-Nora