Betul Ke Kuku Harimau Boleh Jadi Kebal???


Masih ramai mausia yang mahu memiliki kuku harimau asli akibat terikut dan terlampau taksub dengan kepercayaan karut kononnya kuku ini akan menjadikan seseorang itu lebih hormati,disanjungi dan berkarisma.

Namun,ada juga yang sanggup menghabiskan beribu-ribu ringgit semata-mata mahu memiliki kuku harimau untuk dijadikan sebagai tangkal ataupun azimat.

Bagimanapun,permintaan terhadap kuku harimau asli ini amat tingga sehinggakan ada segelitir pemburu haram warga asing cuba menyeludup masuk kuku harimau ke negara ini.

Baru-baru ini,seorang lelaki warga Indonesia telah ditangkap oleh pegawai Unit Penguatkuasaan, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Negeri Sembilan,selepas aktiviti haramnya itu berjaya dihidu oleh pihak berkuasa di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Menurut,Datuk Abdul Kadir Abu Hashim,Ketua Pengarah Perhilitan,berkata,suspek telah ditahan semasa operasi dilakukan kira-kira jam 5.25 petang Jumaat lalu.Hasil daripada rampasan,pihaknya telah menemui 16 unit kuku harimau yang telah diburu secara haram.

Selain itu,suspek juga gagal menunjukkan dokumen sah berkaitan kuku harimau yang dimiliki.Suspek kemudianya ditahan manakala kesemua barangan telah disita oleh pihak berkuasa.

Suspek telah dibawa ke  Pejabat Jabatan PERHILITAN Negeri Sembilan,untuk tindakan selanjutnya.

Kes ini telah disiasat mengikut Seksyen 68 (2)(c) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) iaitu mengambil atau menyimpan mana-mana bahagian  hidupan liar yang sepatutnya dilindungi  tanpa permit khas.


Sekiranya disabitkan kesalahan,suspek boleh dikenalan denda tidak kurang daripada  RM100,000 dan tidak lebih RM500,000 serta penjara tidak lebih 5 tahun

Menurut Ketua Pengarah PERHILITAN,ini merupakan kes terbaru selepas pihaknya berjaya menumpaskan cubaan menyeludup masuk hidupan liar yang dianggarkan bernilai RM1 juta melalui Sungai Siput, Perak dan Kota Bharu, Kelantan.

Hasil daripada rampasan,pihaknya berjaya menemui 17 kuku harimau belang,satu tanduk rusa, 188 kuku beruang matahari, 21 taring beruang jenis sama,8 taring harimau, serta beberapa taring hidupan liar yang lain.

Pihaknya juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dengan aktiviti tidak bermoral ini supaya menyalurkan maklumat kepada pihaknya supaya hidupan ini tidak terus pupus.

Sekiranya orang ramai mempunyai maklumat anda boleh menghubungi di talian PERHILITAN Hotline 1-800-88-5151 (Isnin - Ahah jam 8 pagi -6 petang) atau melalui laman web Jabatan PERHILITAN.Sumber- Harian Metro.Editor- Sofia