Betul Ke Ais Mampu Bakar Lemak Dalam Masa 30 Minit.


Kepercayaan ini sudah lama bertapak di dalam masyarakat dimana kita percaya bahaya meminum air lepas makan merupakan punca kepada obesiti. 

Penjelasan yang diberikan oleh mereka yang mempercayai perkara ini adalah mereka percaya bahawa jika air sejuk diminum selepas makan ia akan menyebabkan lemak menjadi beku dan kemudian menjadi lemak pada bahagian perut. Inilah punca oebsiti kata mereka.

Sebelum ini dikatakan minum air sejuk akan menyebabkan penggumpalan lemak yang tidak boleh dicernakan oleh badan dan menyebabkan ia berkumpul di perut dan menjadi penyebab kepada obesiti.

Tetapi seperti penerangan saya di atas, syarat pertama untuk dia menjadi lemak di dalam badan kita, perlulah ia dicernakan dan diserap terlebih dahulu. 

Kemudian barula ia akan dibawak kepada bahagian badan yang lain dan berkumpul disitu menjadi lemak. 

Tetapi, jika ia masih dalam gumpalan lemak, sudah tentu ia tidak boleh diserap oleh badan dan badan tidak akan menjadi obes sepatutnya

Oleh itu, perlu kita faham bahawa minum air sejuk tidak menyebabkan kegemukkan malah ada juga kajian yang menyatakan jika kita meminum air yang sedikit sejuk, ia akan meningkatkan metabolisma badan kita dan menyebabkan penurunan berat badan. Bukan peningkatan berat badan

Sebagai tambahan, air kosong tidak mempunyai sebarang kalori di dalamnya. Bermaksud ia tidak mempunyai apa-apa tenaga untuk ditukarkan kepada lemak.

Menurut laporan hijabnheels.com, Ais bukan sahaja untuk menyejukkan minuman, tetapi ia juga mempunyai kebaikan yang tersendiri. 

Biasanya, kita akan dengar pandangan negatif saja kan mengenai ais ini? Tetapi, ais juga mampu membantu menjaga kulit wajah untuk kekal cantik, melegakan bengkak dan yang paling best mampu membakar lemak! Wow, hebat kan?

Percaya tak, dengan meletakkan ais selama 30 minit di kawasan yang berlemak mampu membakar lemak dengan cepat tau! Ini merupakan pendedahan oleh Dr. Philip Kern yang menyatakan bahawa keadaan sejuk mampu mengubah lemak putih iaitu lemak tepu kepada lemak coklat iaitu lemak yang mudah dibakar.

Setiap manusia mempunyai dua jenis tisu lemak yang berbeza. Lemak putih adalah jenis lemak yang berada pada kawasan perut dan pinggul. 

Apabila anda meletakkan ais di bahagian kawasan yang banyak lemak, ia akan menukar lemak putih kepada lemak coklat dan apabila keadaan lebih sejuk, seterusnya proses pembakaran lemak akan menjadi lebih cepat. Mudah je kan? Tak perlu berhabis duit untuk sedut lemak dekat klinik!

Menurut kebanyakan pakar juga, sekiranya anda banyak menghabiskan masa di dalam rumah atau di pejabat, badan tidak mampu membakar kalori secara semulajadi. 

Jadi, jika anda tidak ada masa untuk melakukan senaman, teknik meletakkan ais di kawasan yang berlemak ini sangat membantu okay!

Anda juga boleh mencuba teknik mandi ais yang merupakan salah satu terapi yang sangat bagus untuk menghasilkan aura positif dalam diri, membakar lemak, menguruskan badan, menguatkan tulang dan menguatkan sistem imunisasi dalam badan. 

Oleh itu, kalau nak kurus dan mendapat bentuk badan yang menarik jangan malas untuk mencuba teknik ini ya! Sumber: hijabnheels.com