Berita Datuk Seri Vida Kahwin Senyap-Senyap Tular.


USAHAWAN kosmetik Datuk Seri Vida, 45 tahun tak menyangka khabar angin yang dia telah mendirikan rumah tangga dengan seorang jejaka tanpa pengetahuan umum tular.

Namun Datuk Seri Vida menafikan khabar angin  itu dan mengaku dia masih berstatus solo dan terkejut apabila mengetahui khabar angin berkenaan.

"Saya tak tahu bagaimana cerita saya nak kahwin timbul. Sedangkan jiwa saya yang sedang kacau pun tiada siapa mahu pujuk.

"Saya tidak mahu terlalu memikirkan soal kahwin buat masa sekarang, nanti ramai yang kata saya yang terhegeh-hegeh.

"Tetapi harus saya akui, walau umur saya sebegini, masih ada yang cuba mendekati. Cuma saya tak pasti niat mereka untuk duit atau populariti," katanya .

Vida yang ditemui pada pertunjukan fesyen Primavalet di Hotel Majestic Kuala Lumpur semalam memberitahu anak perempuannya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin atau lebih dikenali sebagai Cik B enggan melihat ibunya bersama lelaki lain.

"Cik B luluskan baru saya terima. Tapi buat masa sekarang dia tak mahu sebarang lelaki mendekati saya.

"Mama, don't you dare katanya," tambah Vida.

Dalam perkembangan lain, Vida bakal muncul dengan single keduanya menjelang Aidilfitri nanti. Sumber: Astro Gempak