Berat Untuk Saya Kongsi, Namun Demi Untuk Wanita Lain Saya Terpaksa...


INI pengalaman saya sendiri, berat hendak saya kongsikan hal ini. Namun demi semua wanita yang di kasihi, saya gagahkan mencatat. Ini adalah hal antara hidup dan mati.

Perhatikan angka-angka ini:

S - 33 tahun - kanser payudara

M - 32 tahun - kanser payudara

M - 35 tahun - kanser servik

E - 33 tahun - kanser kelenjar

Z - 44 tahun - kanser hati & servik

M - 40 tahun - kanser payudara & tulang

Catatan di atas adalah senarai rakan dan saudara yang dekat dalam hidup saya. Ditakdirkan mereka telah diduga dengan serangan kanser. Mereka ini berkerjaya, mempunyai keluarga ada suami dan anak-anak.

Satu hal penting perlu dicatat adalah mereka juga tidak pernah membuat ujian kesihatan setiap enam bulan atau setahun sekali. Jadi kita semua pada wanita perlulah jaga kesihatan dengan sebaik - baiknya demi kesihatan diri sendiri.

Daripada enam sahabat saya ini, dua orang sedang berjuang untuk sembuh dan mengharap kan sokongan dari ahli keluarga dan rakan - rakan. Empat yang lain sudah pergi dulu daripada kita yang bakal menyusuli mereka kelak.

Intipati tulisan ini sebenarnya adalah hendak beritahu, semakin ramai wanita Malaysia mendapat kanser ketika usia muda. Mengapa?

Kata doktor, pemakanan dan corak pemakanan adalah antara punca kanser. Turut menyumbang ialah tekanan bekerja, kemurungan dan tidak ada masa merehatkan fikiran.

Kanser ini jahat, lagi kita murung lagi cepat selnya membiak. Sepuluh peratus lagi punca kanser ialah kerana faktor keturunan.

Kerap membuat pemeriksaan ulangan setiap enam bulan atau setahun sekali, kanser bukan boleh dipercayai seratus peratus. Kanser boleh membiak dari Tahap 1 ke Tahap 3, hanya dalam tempoh seminggu. Menjelang hari ke lapan, kanser sudah terus ke Tahap 4!

Nasihat kepada golongan suami, tolong lah ringankan tekanan isteri. Anak-anak pula, tolong jangan serabut kan fikiran mak. Kawan-kawan perempuan, jangan pentingkan diri sendiri dan sesak kan fikiran kawan lain dengan hal remeh-temeh.

Tekanan adalah punca kemurungan. Apabila murung, sel kanser akan bangkit bermaharajalela!

Terima kasih Dr zubaidi HjAhmad. Komen Dr menginspirasikan tulisan ini. Kita tidak mahu lebih ramai lagi wanita menderita kanser pada usia muda.

#PRIDE #LindaMohdNor #cancerfighter - Editor: Pe'ah