Benarkah Aiman Tino Terkena Penyakit Misteri ?


KUALA LUMPUR- Penyanyi dan pelakon muda Mohammad Aiman Yusri atau lebih mesra dipanggil dengan nama Aiman Tino merupakan penyanyi muda yang mula mengecapi kejayaan demi kejayaan.

Meskipun,masih mudah dan perlu mendalami lagi bidang nyanyai, lagu bertajuk Ku Rela Dibenci telah melakar sejarah apabila tersenarai dalam Malaysia Book of Records (MBR) kerana merai tontonan lebih daripada 43 juta di laman Youtube.

Lagu tersebut telah dicipta oleh bapanya sendiri , Yusri Ishak dan Hazelina Mat Jalil dan sekali gus menajadikan Aiman sebagai satu-satunya penyanyi muda yang telah mencapai kejayaan dalam usia yang muda sehinggakan tercatat di dalam Malaysia Book of Records.

Penyanyi muda ini juga sering kali mahu dijadikan sebagai duta produk,ada juga yang mahu menghadiahkannya sebiji kereta mewah sekiranya dia bersetuju untuk menjadi duta produk terbabit.

Namun,disebalik kejayaan ini sebenarnya Aiman telah diujikehilangan suaranya setiap kali persembahan berlangsung.

Menurut Aiman,dia mengakui perkara itu adalah benar.Suaranya akan terganggu dan kemudian menjadi garau secara tiba-tiba.

Pada mulanya Aiman menganggap bahawa dia berasa letih dan memerlukan rehat yang cukup disebabkan itu lah suaranya sedikit terganggu.

Tambahnya lagi,sehinggakan pada satu hari dia terpaksa memenuhi undangan nyanyian sebanyak tiga acara.Ada kemungkinan juga dia telah terkena penyakit misteri daripada beberapa ciri yang telah dikenal pasti. Ianya bermula pada akhir tahun lalu dan segala pemeriksaan telah dilakukankan nya termasulah memasukkan kamera di dalam rongga mulutnya bagi melihat kemungkinan telah berlaku kecederaan di dalam tekaknya atau sebaliknya.Tetapi,doktor tidak menemui apa-apa setelah melakukan pemeriksaan itu.

Setelah berehat beberapa hari dirumah suaranya pulih semua Aiman mula mengikuti semula persembahanya dan apa yang pelik suaranya kembali menjadi 'garau' semasa menyanyi.

Berikutan kejadian itu,ramai yang menasihatinya untuk berjumpa ustaz ataupun pakar perubatan Islam bagi memeriksa sama ada ianya perbuatan khianat atau sebaliknya.

Bagaimanapun,menurut Aiman dia belum sempat untuk bertemu dengan mana-mana pakar perubatan Islam .Editor- Nora