Bekas Gitaris Ekamatra Berdepan Hukuman Penjara 30 Tahun


Satu ketika dahulu lagu kumpulan ini sering menjadi siualan dibibir-bibir setiap remaja.Lagu bertajuk 'sentuhan kecundang' kerap kali diputarkan di corong-corong radio.Siapa saja yang tidak mengenali kumpulan rock 90-an Ekamatra ini.

Baru-baru ini bekas gitaris kumpulan Ekamatra,berdepan dengan hukuman penjara maksimum 30 tahun atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang wanita semasa tertuduh memecah masuk ke dalam rumah mangsa pada Februari lalu.

Md Nurul Azman Salilholdin@Salilhaldin, 44,telah mengaku bersalah seleps pertuduhan di bacakan.

Menurut laporan,tertuduh telah menyebabkan kematian,Kau Fu Eng, 71, pada jam di antara 2 hingga ke 6 petang,pada 25 Februari lalu di Taman Malaysia, Alor Setar.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan, jika disabitkan kesalahan tertuduh boleh dipenjara 30 tahun dan dikenakan denda.Walau bagaimanapun,tertuduh tidak dibenarkan untuk di ikat jamin.

Pihak mahkamah juga telah menetapkan 23 Mei ini bagi penetapan hukuman terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, tertuduh tidak mengaku bersalah diatas dakwaan memecah masuk di Taman Lumba Kuda, Alor Setar.

Tertuduh menyatakan bahawa dia memecah masuk ke rumah Nimal De Silva, 70, pada jam di antara 9.30 pagi hingga 10 pagi, 5 Disember 2016.

Sebelum ini Md Nurul Azman pernah di kenakan hukuman penjara,kira-kira 6 tahun yang lalu atas kesalahan telah merompak pembantu rumah di Ampang.

Tertuduh meminta dibicarakan selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Arif Mohamad Shariff.

Selain itu, Md Nurul Azman didakwa melakukan kesalah tersebut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. Sekiranya disabitkan kesalahan tertuduh boleh dipenjara maksimum 14 tahun dan boleh dikenakan denda atas kesalahan tersebut.

Pihak mahkamah telah menetapkan 23 Mei depan sebagai sebutan semula kes.Editor-Sofia