Bayi Dibuang Bertarung Nyawa Akibat Diratah Anjing Liar.


TACNA (Peru) - Seorang bayi malang terpaksa bertarung nyawa selepas diserang dan digigit oleh sekumpulan anjing liar.

Menurut laporan Daily Mail, bayi tersebut dikatakan telah dibuang selepas beberapa jam dilahirkan sebelum bayi malang tersebut di serang oleh sekumpulan anjing liar.

Media tempatan turut melaporkan bahawa bayi tersebut dikatakan baru sahaja dilahirkan sekitar enam ke lapan jam sebelum insiden ngeri tersebut berlaku.

Akibat daripada serangan anjing liar tersebut, bayi malang yang masih bertali pusat itu telah mengalami kecederaan parah di bahagian muka, kepala serta tangan dan seluruh tubuh badannya ditemui dalam keadaan berlumuran darah.

Bagaimanapun bayi tersebut bernasib baik kerana elah diselamatkan oleh pekerja ambulan daripada terusan menjadi santapan sekumpulan anjing liar tersebut.

Pengarah Kesiahatan Daerah Tacna, Claudio Ramirez memberitahu bahawa bayi tersebut kini sedang menjalani rawatan di Unit Penjagaan Rapi Neonatal Hospital Hipolito Unanue sejak semalam.

"Doakanlah bayi ini selamat, 24 jam yang berikutnya adalah amat penting baginya," ujar beliau.

Pihak polis kini sedang menyiasat siapa ibu bapa bayi tersebut namun sehingga kini tiada sebarang tangkapan dibuat.