Bangla Kantoi Cuba Meragut Sepasang Kekasih.


PULAU PINANG- Cubaan seorang lelaki warganegara Bangladesh mahu meragut sepasang pasangan kekasih akhirnya tewas.

Menurut laporan, ada kemungkinan suspek telah memerhatikan pasangan ini terlebih dahulu daripada jauh sebelum cuba meragutnya.

Cubaan meragutnya gagal setelah suspek telah dikepung dan dicekup oleh orang awam yang berada ditempat kejadian.

Difahamkan kejadian ini berlaku di hadapan KFC Jalan Larut,Penang, semasa pasangan kekasih ini mahu melalui jalan berkenaan dan secara tiba-tiba suspek datang lalu meragutnya.

Akibat daripada pergelutan itu,mangsa hanya mengalami kecederaan ringan.Walau bagaimanapun,suspek tersebut telah pun ditahan oleh pihak polis bagi tindakan lanjut.

Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.Editor-Nora