Banduan Berusia 20 Tahun Mendakwa Diliwat Dalam Penjara.


Seorang banduan lelaki dipercayai masih dalam keadaan trauma apabila mangsa telah diliwat oleh banduan lain.Kejadian dipercayai berlaku di  Pusat Koreksional Puncak Alam,

Mangsa merupakan banduan berusia 20 tahun dipercayai telah dipenjar beberapa bulan yang lalu.Mangsa mendakwa bahawa dia telah diliwat pada jam kira-kira 5.30 pagi oleh seorang banduan yang tidak dikenalinya.

Ketika kejadian berlaku,mangsa dikatakan sedang tidur dan secara tiba-tiba dia didatangi seorang banduan lain di tempat dia dipenjarakan.

Kemudian mangsa telah diliwat dan diugut supaya tidak melaporkan perbuatan tersebut kepada warden penjara.

Selepas mangsa diliwat,mangsa kemudian masuk ke tandas dan sebaik sahaja selesai mangsa masuk semula ke sel.Sekali lagi banduan berkenaan datang ke dalam sel dengan melakukan 'masturbasi' dihadapan mangsa.

Disebabkan mangsa tidak tahan dengan perbuatan jijik banduan itu,mangsa telah bertindak melaporakan kejadian berkeaan kepada warden penjara sebelum membuat laporan polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan S Somu,pihaknya telah mengesahkan bahawa telah menerima laporan berkenaan daripada mangsa.

Pihak polis kini, masih menunggu laporan perubatan daripada mangsa dan kes akan disiasat secara lebih menadalam lagi.Editor-Nora