Apa Perasaan Anda Sekiranya Kawan Baik Suami Anda Adalah Seorang Wanita?


Bolehkah lelaki dan wanita pernah menjadi kawan baik?Banyak fakta menyatakan bahawa lelaki dan perempuan tidak boleh berkawan baik kerana salah seorang daripadanya pasti akan memendam perasaan 'cinta'.Jadi, bagaimana perasaannya apabila sahabat suami anda adalah perempuan?

“Saya lebih suka bersahabat baik dengan lelaki, kerana lelaki lebih memahami dalam apa jua situasi tidak seperti bersahabat bersama wanita,kerana mereka tidak boleh lihat salah seorang 'lebih'.

Sememangnya tidak dinafikan rata-rata daripada kita gemar berkawan berlawanan jantina, terutamanya rakan sekolah,rakan di Universiti atau rakan sejak dari kecil lagi.

Bagi,wanita jika bersahabat bersama lelaki,kerana mereka lebih faham,cepat mesra serta tidak mudah tersinggung dengan apa yang diperkatakan dan yang paling penting tidak 'melecehkan'.

Berbanding dengan wanita pula mereka mudah tersinggung,melenting apabila dimarah. Begitulah sebaliknya bagi lelaki yang suka bersahabat dengan perempuan. .Masing-masing mempunyai persepsi tersendiri.

Di sisi Islam pula,adakah dibenarkan jika seseorang itu berkawan dengan berlainan jantina?

Tujuan Allah menciptakan lelaki dan perempuan diantaranya adalah untuk berkerjasama, saling membantu dan tolong menolong dalam melakukan perkara kebaikan.

Justeru,sekiranya suami anda mempunyai sahabat baik wanita apa perasaan anda?

Rata-rata daripada kita tidak dapat menerimanya bukan? Namun,ada juga isteri yang membenarkan suami mereka untuk berkawan dengan berlainan jantina,kerana bagi mereka harus ada 'kepercayaan'.

Bersahabat tidak salah meskipun berlawnan jantina.Namun,harus ada batas-batasnya persahabatan diantara lelaki dan perempuan juga tidak akan sama dengan persahabatan yang halal diantara kawan sejenis.

Oleh itu,pastikan dalam persahabatan anda bina sahabat yang berlawanan jantina tiada adegan sentuh- menyentuh, tampar menampar, sesi luahan perasaan dan sebaliknya kerana ianya mampu meretakkan kepercayaan yang telah diberikan oleh pasangan anda.

Di zaman ini, pergaulan lelaki dan perempuan terlalu jauh berbeza dengan beberapa zaman terdahulu yang amat menjaga pergaulan diantara lelaki dan perempuan.

Anak-anak gadis pada zaman dahulu telah dididik untuk menjaga tingkahlaku yang telah digariskan di dalam Islam.

Allah mencegah umatnya untuk tidak mendekati zina, bermaksud, segala perbuatan, seperti bertepuk tampar dengan sahabat lelaki, sesi luahan perasaan, dan pelbagai lagi adalah menjurus kepada zina dan ada kemungkinan salah seorang daripadanya akan memendam rasa.

Kesimpulannya, jika seseorang suami atau isteri berkawan dengan berlawanan jantina tiada masalah selagi mereka tahu menjaga batas pergaulan yang telah ditetapkan dalam Islam.Editor-Sofia