Anak Dikutuk Netizen... Nora Danish Menangis.


Anak itu adalah augerah terindah yang dikurniakan oleh Allah swt kepada manusia.Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti akan menanti-nantikan kehadiran cahaya mata.Namun, ada juga diantaranya terpaksa menunggu bertahun-tahun untuk menimang cahaya mata.

Biadab! itu yang sesuai digambarkan kepada seglintir netizen yang dipercayai telah mengutuk anak kedua pelakon jelita Nora Danish sehinggakan Nora mengalirkan air mata.

Sebagai seorang ibu pastinya Nora akan terasa dan terkesan dengan kutukan segelintir netizen yang menjadikan beliau sebagai salah seorang mangsa buli siber di media sosial.

Menurut Nora.meskipun dia seorang artis dan sudah pun lalai dengan segala kritikan dan tomahan pedas daripada netizen namun bila di kaitkan dengan isu anak Nora mengakui bahawa dia tidak dapat menerimanya dan ianya dianggap satu perbuatan yang biadab kerana telah menghina ciptaan Allah swt.

Sebelum ini Nora juga pernah dihina oleh netizen yang mengutuk mukanya sama seperti khinzir,namun apabila netizen mengutuk seorang bayi yang baru sahaja dilahirkan sudah pasti senagai seorang ibu beliau akan mengalirkan air mata.Bak kata pepatah Melayu,cubit paha kanan, paha kiri pun terasa juga.

Di laman Instagram beliau,segelitir netizen yang tidak bertanggungjawab telah memberikan komen pedas mempersoalkan mengapa hidung anak Nora kembang.Cacian itulah yang membuatkan Nora telah mengalirkan air mata kerana di anggap terlampau pedih dan telah menguris hati kecilnya.

Terbaru,Nora dan beberapa lagi artis turut menghadiri majlis pelancaran Kempen ‘Akhiri Buli Siber dan Penyebaran Maklumat Palsu’. Kempen tersebut bertujuan untuk mendidik para pengguna media sosial untuk menjadi lebih bertanggungjawab dan peka dengan keadaan sekeliling mereka.Kempen tersebut bukan sahaja untuk artis malah orang awam juga turut dijemput.

Tambahnya lagi,memberikan pendapat sememangnya tidak salah namun biarlah dengan cara yang berhemah dan tidak menguris hati mana-mana pihak.Editor- Nora