Alhamdulillah... Didie Alias Timang Cucu Sulung.


Berita gembira yang diterima daripada pelakon dan pelawak terkenal,Didie Alias,46,mengenai kelahiran cucu sulungnya telah pun tersebar di dalam media sosial semalam.

Gambar yang telah dimuat naik oleh Didie Alias di Instagram miliknya itu memaparkan gambar beliau mendukung cucu sulungnya dengan kepsyen "Alhamdullillah tambah lg keturunan Mumy #NannyD #babySS",namun wajah bayi tersebut tidak di tayangkan.Rata-rata peminat Lady Gaga Malaysia ini, mengucapkan ribuan tahniah diatas kelahiran cucu pertamanya itu.

Bayi lelaki seberat 3.6 kilogram ini merupakan cahaya mata pertama anak perempuan Didie iaitu Nur Dhaniyah Md Ridzuan yang telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada 14 April yang lalu dengan cara normal.

Anak perempuan Didie telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya , Mohd Razishahriman Sabari pada 8 Ogos 2015.

Hasil perkahwinan yang terdahulu bersama pelakon Ridzuan Hashim Didie telah dikurniakan 5 orang cahaya mata iaitu Dhaniyah, Muhammad Daniel, Nur Dania, Nur Diyana dan Nur Dayini.

Manakala perkahwinan keduanya bersama Norisham,Didie telah dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Dayyan.Tahniah diucapkan kepada Didie Alias atas kelahiran cucu pertamanya.Sumber- Sinar Harian.Editor- Nora