Akhirnya Dendam Bapa Mentua Terbalas


SARAWAK: Wanita berusia 42 tahun parah apabila dilanggar sebelum digilis kereta dipandu bapa mertuanya secara sengaja dalam kejadian berhampiran Poliklinik Miri di sini, petang Jumaat lalu.

Dalam kejadian pada 4 petang itu, suspek berusia 78 tahun itu bertindak mengundur kereta Proton dipandunya sehingga merempuh mangsa sebelum suspek menggilis mangsa.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, siasatan mendapati, mangsa bersama dua anaknya dan suspek ke Poliklinik Miri untuk mendapatkan rawatan bagi anak perempuan mangsa yang mengalami gastrik.

Menurutnya, setibanya mereka ke poliklinik, mangsa meminta suspek pulang bersama anak lelakinya berusia 16 tahun sementara mangsa membawa seorang lagi anaknya untuk rawatan.

"Kejadian itu, mengakibatkan mangsa terjatuh sebelum mangsa digilis suspek," katanya.

"Bagaimanapun, suspek bertindak mengundurkan kereta ketika mangsa berada di belakang kereta berkenaan.

Katanya, anak lelaki mangsa yang berada di dalam kereta cuba menghalang perbuatan suspek, tetapi suspek tidak mengendahkannya dan terus melanggar mangsa.

"Mangsa mengalami kecederaan teruk di bahagian badan dan muka dengan kesan lebam dan bengkak akibat kejadian itu.

"Mangsa kini masih dirawat di Hospital Miri," katanya.

Katanya, suspek sudah ditahan polis di rumahnya pada pagi semalam selepas polis menerima laporan berhubung kejadian itu. "Kes disiasat mengikut 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan punca siasatan dipercayai akibat masalah peribadi keluarga itu,”€ katanya. Sumber: Harian Metro - Editor: Adi