Aduihhh…Mampus Aku Mana Nak Cari RM4.6 juta.



IPOH - Pengasas Vida Beauty, Datu Seri Dr Hasmiza Othman telah diberikan tempoh sehingga 21 Mei depan bagi melunaskan bayaran tuntutan cukai pendapatan individu kerana gagal menjelaskan bayaran tersebut dalam tempoh lima tahun.

Keseluruhan jumlah yang perlu di bayar oleh beliau adalah  RM4.6 juta.

Menurut laporan, Hamizah,47 atau lebih mesra disapa dengan nama Datu Seri Vida ini perlu membayar wang tersebut kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengikut Sub Seksyen 91 (1) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun-tahun taksiran 2011 hingga 2015 dengan jumlah sebanyak RM4,686,435.79.

Ianya telah dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Anselm Charles Fernandis di Mahkamah Tinggi Ipoh.

Walau bagaimanapun, Datu Seri Vida dikatakan tidak menghadirkan diri hanya mewakilkan peguamnya Zailan Mohamed.

Sebelum ini Datuk Seri Vida didakwa telah gagal mematuhi perbincangan bersama yang dibuat sebelum ini untuk membayar cukai tersebut secara ansuaran.

Namun, sekiaranya pihak beliau dapat melunaskan bayaran ,maka kes tidak akan dibicarakan ke mahkamah.Editor: Rizal Hakimi