Adakah Hadis Sahih Yang Menyatakan Isteri Harus Sujud Pada Suami?


Adakah hadis sahih yang menyatakan bahawa isteri seharusnya sujud kepada sumai?

Bagi menjawab persoalan diatas,hadis mengenai sujud pada suami telah diiriwayatkan oleh beberapa orang sahabat Nabi Muhammad SAW.Ada diantaranya adalah Abu  Hurairah, Mu’az bin Jabal, Suraqah bin Malik, Aisyah, Ibn Abbas, Abdullah bin Abi Awfa, Ummu Salamah, Anas bin Malik dan beberapa orang lagi sahabat Nabi yang lain.

Hadis tersebut berbunyi:

"Jika aku boleh memerintahkan seseorang itu untuk sujud kepada seseorang, maka aku memerintahkan isteri untuk sujud pada suaminya.” (Riwayat al-Tirmizi (1159).(Imam al-Tirmizi mengatakan hadis ini melalui jalur Abu Hurairah RA adalah hasan gharib) Hadis ini juga disahihkan oleh Imam al-Hakim di dalam al-Mustadrak melalui jalur Mu’az bin Jabal (Lihat: al-Mustadrak, 190/4).

Hadis ini telah ditulis iaitu apabila salah seorang daripada sahabat Nabi baru sahaja pulang daripada Syam dan telah melihat orang-orang Nasrani dan Yahudi telah bersujud kepada pembesar dan ulamaknya sebagai satu tanda perhormatan.


Dan sahabat telah berkata seharusnya Rasulullah SAW adalah lebih layak dilakukan sedemikian namun Nabi SAW telah melarang para sahabat untuk melakukan perkara tersebut dengan menyatakan bahawa gologan-golongan tersebut telah mendustakan dan telah menyelewengkan kitab-kitab nabi-nabi mereka.(Lihat: al-Mustadrak, 190/4)

Didalam hadis itu menyatakan :

Kewajipan seorang isteri adalah dengan mentaati suaminya kerana sujud ini tidak dihalalkan melainkan sujud kepada Allah swt sahaja Terdapat banyak hak-hak suami yang perlu dilaksanakan oleh isteri namun sebahagian daripadanya tidak terlaksana oleh isteri.

Imam al-Syaukani berkata, sekiranya dibolehkan untuk sujud kepada manusia  nescaya Nabi SAW akan memerintahkan para isterinya  untuk sujud kepadanya. (Lihat: Tuhfah al-Ahwazi, 272/4) Di dalam Musnad Ahmad, daripada Anas bin Malik RA bahawa Nabi SAW bersabda, yang bermaksud:



“Tidak dibenarkan seorang manusia itu untuk sujud kepada manusia. Jika dibenarkan untuk manusia itu sujud kepada manusia nescaya aku akan meminta isteri untuk sujud kepada suaminya kerana besarnya hak suami ke atas isteri itu.” [Riwayat Ahmad (12614)] [Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai hadis ini sahih li ghairihi]

Kesimpulannya, hadis tersebuat adalah berdasarkan hadis sahih yang menerangkan bahawa tidak dinyatakan didalam hadis mengenai seorang isteri perlu sujud terhadap suaminya melainkan hanya sujud kepada Allah swt sahaja.Tidak dibenarkan untuk sujud selain daripada Allah swt,kerana ianya sudah jelas dinyatakan didalam hadis tersebut.

Didalam hadis itu juga ada menerangkan bahawa kedudukan suami itu tinggi di sisi seorang ister,Oleh itu,si isteri perlu mentaati suaminya selagi apa yang diperintahkan oleh suami tidak terpesong daripada agama.

Semoga Allah mengurniakan kita seorang suami yang soleh dan isteri solehah kelak.In sha Allah.Sumber-  Sinar Harian.Editor- Nora