Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Selasa, 24 April 2018

Abang Ipar Terima Padah, Hamilkan Adik Ipar Berusai 15 Tahun.


Terengganu - Seorang lelaki telah dijatuhi hukuman 15 tahun penjara dan 10 sebatan selepas dipercayai telah merogol adik iparnya sendiri sehingga mengandung.

Suspek yang berkerja sebagai buruh dikatakan telah merogol adik iparnya sendiri di sebuah rumah yang terletak di Batu Buruk, Kuala Terengganu.

Tertuduh yang berusia 42 tahun berasal dari Batu Buruk, Kuala Terengganu dikatakan telah merogol mangsa yang ketika kejadian baru berusia 15 tahun.

Perbuatan tertuduh tersebut dikatakan telah dilakukan olehnya di sebuah rumah di Batu Buruk sekitar pukul 2 petang hingga  3 petang pada 24 Mei 2016 hingga 30 Mei 2016.

Mengikut pertuduhan tersebut tertuduh bakal berdepan hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun serta dikenakan tidak kurang 10 sebatan jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, Hakim Azman Mustapha telah menjatuhkan hukuman 15 tahun penjara serta 10 sebatan selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan kepadanya mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan kerana merogol.

Pendakwaan bagi kes tersebut telah dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Zafirah Rosli.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan