9 Tanda-Tanda Calon Suami Yang Disukai Wanita.


Sememangnya seorang wanita amat mendambakan suami yang memenuhi ciri-ciri idamanya untuk dijadikan peneman hidup sepanjang hayat.Namun,tidak semua wanita berjaya menemui lelaki ciri-ciri idaman mereka.

Tiada manusia yang sempurna di dalam dunua ini,jadi bersyukur lah sekiranya suami anda sentiasa bersama ada tidak kira dalam apa jua situasi.Ianya tidak bermakna jika suami anda tidak memiliki ciri-ciri idaman anda,dia tidak boleh jadi yang terbaik buat anda.

Disini terdapat 9 tanda-tanda calon suami idaman setiap wanita:-

Pertama,masih cuba memenangi hati isterinya.Meskipun,sudah sah bergelar suami isteri,suami anda tetap mencuba untuk menambat hati isterinya.Sebagai contoh,suaminya seringkali memuji,membelikan hadiah dan amat gemar berjalan berdua-duaan bersama anda serta tidak kekok untuk memegang erat tangan anda.

Kedua,sentiasa menasihati anda,sememangnya kuas ada ditangan si suami,namun kebanyakkan lelaki lebih suka memberikan nasihat kepada isterinya dan sama-sama cuba memperbaiki segala kekurangan yang ada di dalam rumah tangga itu.

Ketiga,akan memuji isteri ketika bersama kawan-kawannya.Dia melakukan hal itu sebagai tanda dia menghargai anda.

Keempat,gemar pegang tangan isteri.Walaupun,hanya keluar untuk mencari barang dapur ,si suami tidak kekok untuk memegang erat tangan isterinya. Ianya adalah satu bahasa tubuh yang menyatakan  ‘saya ambil berat tentang awak.‘

Kelima,tidak menonton filem lucah.Bagi si suami untuk apa dia melakukan perkara itu sedangkan dia sudah mempunyai isteri yang sah,bahkan lebih dari itu si suami mampu lakukan.

Keenam,buat kerja rumah. Sekiranya kedua-duanya bekerja,si suami tahu akan tanggungjawabnya jadi dia tidak kisah untuk melaukan kerja rumah sebagai contoh,dia membasuh tandas,menjaga anak-anak dan sebagainya.

Ketujuh,menikmati masakan isteri,Tidak semua isteri pandai memasak.Meskipun,masakan anda tidak sedap si suami tidak masih mampu menikmati masakan isterinya tanpa merungut.

Kelapan,ketawa mendengar jenaka.Perkara ini tidak ada pada semua lelaki kerana segelitir lelaki lebih serius selepas kahwin.Jadi sekiranya anda mempunyai pasangan yang mampu membuat lawak jenaka dan sudi mendengar segala masalah anda dia adalah yang terbaik.

Kesembilan,sentiasa menjaga hubungan dengan Tuhan.Seseorang lelaki atau suami yang sentiasa memperingatkan isteri serta anak-anak nya untuk menjaga solat dan sentiasa mengalamkan dalam kehidupan seharian sudah pasti dia telah melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan baik.

Hah,adalah ciri-ciri di atas ada pada suami anda?Tidak mengapa sekiranya tidak ada cuba saling memahami dan menerima kekurangan masing-masing itu sudah memadai bagi mereka.Editor-Sofia