9 Gambar Wanita Selamatkan Anjing Tular Di Media Sosial.



Tindakan pantas seorang wanita menyelamatkan seekor anak anjing yang terjatuh ke dalam longkang telah mendapat pujian daripada netizen.

Gambar tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna laman Facebook yang dikenali sebagai Zairul Annuar pada 16 April yang lalu di akaun Facebook miliknya.

Wanita tersebuat yang dikenali sebagai Cici adalah isteri kepada Zairul Annuar,disebabkan tindakkan pantas Cici lah anjing tersebut berjaya di selamatkan.

Menurut pasangan ini,berita tersebut telah disampaikan oleh ibunya yang menyatakan bahawa ada seekor anak anjing terjatuh ke dalam longkang besar.Dan tanpa melengahkan masa Cici segera turun ke dalam longkang tersebut bagi menyelamatkan anak anjing malang itu.

"Mak saya melaporkan. Ada anak anjing jatuh ke dalam longkang. Zaujah bergegas turun menyelamatkan anak anjing itu tanpa berfikir panjang.

Pelbagai peralatan seperti kayu turut digunakan bagi mengeluarakan anak anjing itu namun,ianya tidak berjaya.Dan akhirnya Cici mengambil keputusan menggunakan sahaja kedua belah tanggannya itu untuk mengangkat anak anjing yang berada di dalam longkang besar itu.

Kata Cici, "Anak anjing itu hampir lemas dan menggigil kedinginan. Diselimutkan dan diberi makan. Kemudian Zaujah samak kaki dan tangan," katanya. 

Selepas daripada peristiwa itu, beberapa ekor anjing dewasa dikatakan menghadap dihadapan rumahnya dan menunggu dihadapan pagar rumah.Ada kemungkinan itu adalah cara mereka untuk menunjukkan rasa terima kasih kepada keluarga yang berhati mulia ini kerana membantu menyelamatkan anak anjing itu.

Gambar wanita berhati mulia ini dikatakan menjadi tular dimedia sosial setelah dimuat naik.Tidak putus-putus netizen memujinya dan menyatakan "Kak Cici Iren terbaekkkk.. Moga Allah sentiasa menjaga encik boss sekeluarga,"tulis salah seorang daripada netizen.

Sifat terpuji wanita ini semamangnya layak mendapat pujian sebegini.Sumber-Zairul Annuar. Editor- Nora