Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Rabu, 11 April 2018

7 makluk Yang Menakutkan Dalam Islam Yang Anda Perlu Tahu.


Rata-rata masyarakat kita mempercayai wujudnya makhluk-makhluk halus yang telah dicipta oleh Allah swt.Makhluk-makhluk ini dicipta tanpa berjisim dan kebiasaannya makhluk halus ini tidak boleh dilihat dari mata kasar manusia ataupun dirasa menggunakan tangan.

Merek ini hidup di dalam satu alam yang di panggil alam ghaib.Allah swt mencipta makhluk-mahkluk ini ada yang berasal daripada cahaya,iaitu malaikat,yang sentisa mentaati perintah Allah,dan ada yang berasal daripada api,iaitu makhluk yang dipanggil jin,iblis,syaitan dan serumpama dengannya.Tahukah anda ada bermacam-macam jenis makhluk ghaib yang mungkin kita tidak mengetahuinya.

Pertama,Marid.

Marid adalah jenis jin yang sangat kuat. Dalam mitologi Arab diceritakan bahawa makhluk ini boleh berubah-rubah dalam pelbagai bentuk,termasuklah menyerupai seseorang untuk melakukan sesuatu perkara yang mengerikan,menipu,menfitnah dan segala perbuatan yang jahat.

Makhluk ini juga pernah diperintah oleh Nabi Sulaiman,tetapi  mereka ingkar dan telah menikam beliau dari belakanh".

Kedua.Dajjal.

Dajjal adalah makhluk yang digambarkan bermata satu.Ianya akan hadir semasa hari kiamat tiba.Ketika wujudnya dajjal itu merupakan satu petanda bahawa dunia ini akan mengalami hari yang amat menakutkan.

Kemunculannya,selalu disamakan apabila seseorang manusia itu melakukan perbuatan jahat atau dosa besar yang dianggap biasa-biasa saja,maka dajjal akan segera muncul.Ia adalah seorang kafir,jahat dan pembawa bencan besar bagi bumi ini sehingga bila ianya muncul tidak akan ada seorang manusia pun boleh menyelamatkan diri

.Ketiga,Ifrid.

Makhluk yang paling mengerikan yang dipercayai oleh orang muslim di dunia. Kemunculannya amat menyeramkan.Ianya digambarkan bertubuh besar,memiliki sayap sama seperti iblis namun, ada api yang menyalah-nyala.

Dalam Islam Ifrid dianggap jin kelas atsan yang memiliki kemampuan bagi menguasai manusia.Meskipun, dengan segala pujuk rayu,ianya mampu membuatkan manusia lalai.Selain itu,jin ini juga berupaya membuatkan manusia menjadi ahli neraka.Tibanya hari kimat, Ifrid dan jin-jin yang lain akan bergembira untuk mengheret manusia untuk masuk kedalam neraka bersama mereka.

Kempat,Iblis.

Pada awalnya iblis diciptakan untuk menyembah Tuhan,namun ianya ingkar akan perintah tuhan.Semasa iblis diminta untuk menyembah manusia pertama (Adam),iblis telah mengikarinya.Disebabkan itu,Tuhan telah menghukumnya dan iblis telah bersumpah akan menghancurkan manusia.Disebabkan itu iblis sering membuatkan manusia lalai dan hanyut dalam dunia yang melekakan sehingga manusia itu masuk ke dalam neraka.

Kelima,Qareen atau Qarina

Ianya adalah sejenis jin yang telah wujud sekian lama sejak manusia dilahirkan.Ketika kelahiran anda, Qarin akan mengikut sehinggalah anda dewasa.Ianya dianggap sebagai jin yang menjadi kembar kepada manusia.

Makhluk ini, sentiasa akan mendorong manusia melakukan perbuatan buruk didalam kehidupan.Salah satu daripada tugas Qarina adalah membuatkan manusia malas untuk beribadah.Jin ini akan berbisik ditelinga anda supaya anda lalai.Sebagai contoh pernahkah anda sedang solat,lalu terlupa sudah rakaat yang keberapa .Hah,ini lah kerja Qarina. Selain itu ianya juga membuatkan manusia mudah untuk melakukan maksiat.

Keenam, Ghoul.

Makhluk ini boleh menyerupai manusia namun memiliki kebiasaan yang amat menakutkan.Ianya sangat mengemari tubuh badan manusia dan akan memakanya secara hidup-hidup.

Ghoul merupakan cerita yang paling panjang dalam kebudayaan Arab yang telah mengenali Islam sejak dari dahulu.Makhluk ini hanya boleh dilawan dengan membacakan ayat-ayat suci Al-Quran. Ianya boleh hiduo di kawasan gurun yang sangat panas dan apabila ada penjelajah yang datang untuk menyeberang,dia akan berubah menjadi wanita cantik dan kemudian menagkap mangsa sehingga tidak boleh keluar dari kawasan tersebut dengan selamat.

Ketujuh,Buraq

Makhluk ini bukan makhluk yang akan membuatkan manusia takut.Ianya merupakan makhluk yang pernah dinaiki oleh Nabi Muhammad.Buraq digambarkan sebagai keldai berwarna putih dengan kepala manusa berserta sepasang sayap yang tumbuh dibahagian kanan dan kiri belakang badannya.

Ianya bergerak dengan pantas.Buraq membawa Nabi Muhammad saw dalam satu perjalanan yang jauh semasa peristiwa Isra dan Mi'raj.Kehebatan yang dimiliki oleh makhluk ini membuatkan ianya begitu dihormati.Editor: Rizal Hakimi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan