Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Selasa, 24 April 2018

7 Gambar: Maut Ditetak Rakan Yang Berhutang.


Sabah : Seorang lelaki maut selepas ditetak oleh rakannya sendiri kerana dipercayai angkara menuntut hutang yang tidak berbayar.

Mangsa yang dikenali sebagai Fazrin Ibrahim, 30 tahun yang beralamat di Kampung Tabanak, Jalan Silam di sini maut dalam keadaan yang mengerikan dengan leher hampir putus akibat ditetak dengan menggunakan parang 'barong'.

Serangan tersebut yang dilakukan oleh rakan mangsa sendiri dikatakan berlaku ketika mereka berada di dalam kereta di simpang Taman Warisan4, Jalan Tengah Nipah pada pukul 1.25 petang.

Mangsa maut di tempat kejadian manakala adik ipar mangsa iaitu Hardisyam Saparuddin , 11 tahun yang turut berada ditempat kejadian mengalami kecederaan di beberapa jarinya akibat ditetak oleh suspek kini dalam rawatan di Hospital Lahad Datu.

Suspek yang menyerang mangsa sehingga maut tersebut dikatakan telah melarikan diri daripada tempat kejadian selepas kejadian .

Adik ipar mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah sambil menangis disisi mangsa mengundang simpati orang ramai dan berusaha menenangkan kanak-kanak terbabit.

Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Hamzah Ahmad ketika dihubungi memberitahu bahawa kanak-kanak tersebut yang mengalami kecederaan kini berada dalam rawatan kecemasan di Hospital Lahad Datu.

"Hasil temubual dengan kanak-kanak tersebut juga memberitahu bahawa suspek yang menetak abang iparnya itu dikenali sebagai 'Kajan' dikatakan mempunyai hutang dengan abang iparnya itu.

"Suspek dikatakan berada di dalam kereta di bahagian tempat duduk belakang ketika kejadian telah menyerang mangsa dari belakang dengan menggunakan parang jenis barong.

"Akibat serangan tersebut menyebabkan leher mangsa hampir putus manakala adik ipar mangsa yang turut berada di tempat kejadian mengalami cedera luka di jarinya", katanya lagi ketika dihubungi hari ini.

Mayat mangsa yang maut tersebut dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk dibedah siasat manakala pihak polis sedang giat mengesan suspek termasuk menggunakan unit anjing pengesan (K9) bagi memberkas suspek.

"Siasatan masih diteruskan dan kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan