5 Gambar: Dipaksa Melakukan Hubungan Intim, Isteri Bertindak Potong Alat Sulit Bekas Suami.


RUSIA- Berang dengan permintaan bekas suaminya, seorang wanita nekad memotong 'zakar' bekas suaminya menggunakan sebilah pisau kerana mangsa mahu melakukan seks bersama.Kejadian dikatakan berlaku di kediaman wanita tersebut ,secara tiba-tiba bekas suaminya muncul dan menyatakan bahawa dia ingin melakukan seks bersama dengan bekas isterinya.

Wanita tersebut dikenali sebagai Lira Plaksina, 47,yang berasal dari perkampungan Vasilyevo di wilayah Tatarstan berkata,dia bertindak sedemikian adalah kerana mahu mempertahankan dirinya kerana bekas suaminya dikatakan dalam keadaan mabuk pada masa itu.

Menurut Plaksina,lelaki yang berusia 44 tahun itu telah menyerangnya dan memaksanya untuk melakukan seks.

Bagaimanapun,hakim menyatakan bahawa Plaksina telah memotong zakar dan skrotum mangsa semasa mangsa sedang tidur.

Selain itu,bekas suaminya juga mengalami kecederaab di bahagian pinggul kanan.Kejadian dipercayai berlaku pada bulan Oktober tahun lalu.

Pihak mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara selama 4 tahun akibat daripada perbuatan Plaksina.

Semasa Plaksina,diiringi oleh pihak polis di luar mahkamah,wanita ini telah melambaikan tangan kepada pihak media buat kali terakhir.

Manakala,bekas suaminya kini tinggal bersama wanita lain.Menurut jiran-jiran Plaksina,pasangan ini sering kali bertengkar sehinggalah pasangan ini bercerai.Sumber – Daily Mail.Editor- Sofia