Berita Informasi Terkini

Ahad, 22 April 2018

4 Gambar: Lembu Baring Dekat Jalan Sempat Disembelih.


JOHOR- Penyembelihan adalah salah satu cara untuk mematikan binatang serta dapat menghalalkan dagingnya. 

Penyembelihan menurut bahasa ialah 'Thayyib' iaitu mengelokkan. Pengertian kedua adalah 'Tatmim' bermaksud menyempurnaan iaitu menyempurnakan apa yang diharuskan dengan cara yang telah ditetapkan menurut Islam.Penyembelihan dari segi bahasa pula ianya bererti potong atau belah supaya dapat menghilangkan nyawa binatang yang ingin disembelih.

Dari segi syara‘ pula bermaksud menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan menggunakan alat yang tajam selain dari gigi, kuku, dan tulang untuk membolehkan haiwan itu halal bagi dimakan oleh orang Islam.

Di negara kita sememangnya tidak asing lagi berita mengenai lembu berkeliaran dijalanan dan mengakibatkan kemalangan.

Baru-baru ini di Mersing,telah terjadi satu kemalangan yang melibatkan seekor lembu dipercayai telah di langgar oleh sebuah kereta.Bagaimanapun,lembut terbabit dikatakan terbaring di bahu jalan dan tidak berdaya untuk bergerak.

Kereta tersebut juga mengalami kerosakkan yang teruk dibahagian hadapan akibat dari kemalangan itu.Lembu terbabit bukan sahaja dilanggar oleh kereta malah,ianya juga turut dilanggar oleh sebuah motosikal yang melalui jalan tersebut.Walau bagaimanapun,pemandu motosikal itu telah dimasukkan ke dalam hospital kerana mengalami kecederaan akibat daripada rempuhan yang kuat.

Kejadian dikatakn telah berlaku di Jalan Tenggaroh,Mersing,Johor.Penduduk kampung yang meyedari kejadian tersebut telah bertindak menyembelih lembu tersebut  supaya dapat menghalalkan dagingnya.

Sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam :Maksudnya:
“Sembelihan adalah di antara pangkal dagu dan pangkal leher”(Riwayat Ibnu ‘Abbas).Editor- Sofia




Tiada ulasan:

Catat Ulasan