4 Beradik Ditinggalkan Kelaparan Dengan Pintu Dikunci Dari Luar



SARAWAK- Empat beradik dipercayai telah dikunci didalam sebuah rumah usang di Kampung Wireless.

Walau bagaimanapun,keempat-empat beradik ini telah pun diselamatkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Miri.

Kisah mereka ini dikatakan telah menjadi tular dimedia sosial selepas didakwa ditinggalkan oleh bapa mereka selama 3 hari tanpa makan dan minum.

Aduan tersebut telah dibuat oleh oraang awam yang terlihat kanak-kanak ini mengintai daripada celah dinding rumah usang tersebut lalu menghubungi pihak berkuasa bagi mengeluarkan keempat-empat kanak-kanak ini atas dasar simpati melihat keadaan mereka.

Keempat-empat beradik yang berusia diantara 3 hingga 10 tahun kini dibawah penjagaan saudara terdekat mereka.

Bagaimanapun, dakwaan yang menyatakan bahawa kanak-kanak ini dikurung adalah tidak benar sama sekali.Bapa kepada kanak-kanak ini terpaksa mengunci mereka kerana perlu keluar mencari rezeki.

Ibu kepada kanak-kanak ini dipercayai telah melarikan diri,namun punca sebenar tidak dapat dikenal pasti.Menurut JKM,kanak-kanak ini tidak lagi bersekolah.

Keluarga ini menjadi penghuni rumah usang ini sejak setahun yang lalu.

Pihak JKM juga mengucapakan ribuan terima kasih di atas keprihatinan masyarakat mengenai keluarga ini dan bantuan akan disalurkan dari semasa ke semasa.Editor- Nora