3 Pasangan Suami Isteri Ditangkap, Pesta Seks Di Bilik Hotel Tukar-Tukar Pasangan.


SURABAYA- Makin hari,makin banyak berita mengenai perbuatan yang menjijikkan yang seringkali dilakukan oleh masyarakat.

Salah satu penemuan yang berjaya ditangkap adalah aktiviti tukar pasangan yang kebanyakkannya adalah daripada pasangan suami isteri.Aktiviti tidak bermoral ini mempunyai komuniti mereka sendiri jadi,segala aktivit yang dirancang akan dimaklumkan melalui komuniti tersebut.

Ahli komuniti ini sengaja melakukan pertemuan dan pesta seks di masa dan tempat yang telah ditentukan dengan saling bertukar-tukar pasangan.

Semasa komuniti ini melakukan pesta di salah sebuah hotel di  Lawang, Kabupaten Malang,Indonesia,pihak polis telah melakukan satu serbuan dikediaman tersebut.


Aktiviti parti seks di hotel berkenaan telah diserbu Unit III Asusila Subdit IV Ketua Polis Daerah Jawa Timur.

Ketika serbuan dilakukan, pihak polis menemui tiga pasangan suami isteri (pasangan)sedang mengadakan hubungan seks dengan rakan kongsi mereka dengan cara bertukar-tukar pasangan.

Pasangan yang ditahan oleh polis ialah THD (53), daripada Keputih, Sukolilo Surabaya, RL (49), SS (47), WH (51), DS (29) dan AG (30).

"Apabila serbuan dibuat, keadaan di sana mereka dalam keadaan bertelanjang,  bertukar pasangan, ada juga yang menuju ke bilik mandi," kata Ketua Polis Daerah Jawa Timur, AKBP Yudhistira Midyahwan.

Kes tidak bermoral ini  telah dimaklumkan oleh orang awam tentang kewujudan aktiviti sosial yang menyimpang serta melakukan seks secara bertukar-tukar dengan pasangan yang lain.

"Mereka membuat kumpulan dan berkomunikasi dalam kumpulan media sosial melalui aplikasi WhatsApp dan Twitter, bertukar rakan kongsi di hotel di Malang," kata Ketua Perhubungan Umum Polis Jawa Timur, Kombes Pol Frans Barung Mangera, Senin (16/4/2018).

Permualaan penubuhan komuniti ini dalah selepas mereka membuat satu grou yang diberi nama sebagai  Sparkling di aplikasi whatsapp dan kebanyankkan daripada pasangan ini mempunyai fantasi pertukaran pasangan dalam melakukan hubungan seks.


Bagi mereka seks tidak lagi menjadi pantang larang untuk dilakukan oleh mereka yang belum berkahwin.

Aktiviti seksual sebelum berkahwin sudah merebak di khalayak umum, kebanyakkannya dilakukan oleh golongan muda.

Malah kini muncul fenomena seks beramai-ramai  dengan cara bertukar pasangan.

Peristiwa ini baru saja dilakukan oleh penduduk Surabaya di sebuah hotel di Kecamatan Lawang, Kabupaten Malang.Editor-Nora