3 Gambar: Ibu Muda Ini Sanggup Serahkan Hatinya Kepada Bayi Ini, Walaupun Dihalang Keluarga.



Seorang ibu muda berusia 22 tahun sanggup menderma sebahagian hati untuk bayinya yang berusia tujuh bulan yang menghidap demam kuning selepas dilahirkan, kemudian didapati mengalami masalah hati yang serius.

Menurut laporan Harian Metro, ibu muda berkenaan yang dikenali sebagai Jiang Liuxin telah mencuri dokumen peribadinya yang disimpan ibu bapanya bagi membolehkannya menderma sebahagian hati untuk bayinya yang berusia tujuh bulan.

Jiang Liuxin, terpaksa mencuri dokumen pengenalan daripada simpanan ibu bapanya bagi membuat permohonan untuk mendermakan hati kepada anaknya yang berusia tujuh bulan, Jumaat lalu.

Kejadian ini dikatakan berlaku di Yidu, wilayah Hubei, Beijing, China, menurut laporan media China, ibu bapa Jiang Liuxin menghalangnya daripada mendermakan hatinya kepada cucu mereka.

Doktor memutuskan pembedahan pemindahan hati daripada ahli keluarga adalah penyelesaian terbaik kerana fungsi hati bayi terbabit semakin merosot.

Namun keluarga Jiang melarang mendermakan organnya walaupun dia mempunyai wang mencukupi, dipercayai kerana bimbang kesihatannya akan terjejas. Berikutan itu, mereka mengambil dokumen pengenalannya.

“Ibu, ayah, saya minta maaf tetapi tiada pilihan.

“Saya dan suami percaya kami perlu bertanggungjawab sepenuhnya untuk anak kami.

“Saya sanggup melakukan apa saja untuk menyelamatkannya,” katanya dipetik South China Morning Post.

Anaknya sudah menjalani pembedahan itu dan keadaannya bertambah baik. Sumber: Harian Metro