19 Gambar Pre Wedding: Taniah Rody Dan Niena Selamat Diijabkabul.


Pemain gitaris kumpulan Kristal Rody selamat bergelar suami kepada penjaga gol skuad futsal wanita kebangsaan dengan sekali lafaz.

Rody atau nama sebenarnya, Mohd Rodi Baharudin berusai 31 tahun selamat diijabkabul dengan Nur Izwani Azman, semalam.

Menurut laporan Harian Metro,pasangan itu diijabkabul oleh penolong pendaftar nikah dan cerai Daerah Kulai, Haji Nazlee Abdul Razak tepat 9 malam di Johor.

Rody ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia bersyukur majlis yang berlangsung semalam berjalan lancar.

"Pada awal memang agak gementar tetapi segala perasaan itu hilang sebaik saja tok kadi kata sah!", katanya bersyukur.

Nur Izwani atau mesra disapa Niena, menerima mas kahwin berjumlah RM111 manakala wang hantaran pula berjumlah RM11,111.11.

Pasangan itu turut menyerahkan dulang hantaran sebanyak tujuh berbalas sembilan.

Majlis persandingan pasangan itu dijadualkan diadakan di Dewan Raya Kulai, Johor, hari ini.

"Majlis resepsi pihak saya, Insya Allah akan diadakan tapi mungkin lambat lagi.

"Paling penting, kami mahu dahulukan yang wajib (akad nikah) dan selesaikan majlis di sebelah pihak perempuan. Urusan lain kemudian pun tak mengapa," kata Rody lagi.

Imbas kembali, Rody dan Niena berkenalan selama enam bulan sebelum lamaran dibuat.

Menariknya, Rody melamar isterinya menerusi laman sosial Instagram pada bulan September dan bertunang pada 4 November tahun lalu. - Harian Metro