18 Gambar Murid Terkena Hama Bangkai Tikus Terpaksa Dikuarantin Buat Sementara Waktu


PERAK- 22 orang murid dan 11 orang guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Pekan di Kampar,Perak dipercayai telah mengalami kegatalan yang melampau pada bahagian tangan serta kaki mereka.

Disebabkan kegatalan ini, ada diantarannya mendapat kudis kerana telah terkena hama yang terdapat disekolah berkenaan.

Ada diantara pelajar ini yang terpaksa dikuarantin buat sementara waktu di rumah masing-masing akibat daripada serangan hama ini.

Menurut, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu Perak Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, ianya berpunca dari hama bangkai haiwan seperti tikus.

Kesan daripada hama ini, kulit menjadi kegatalan yang melampau sehingga menyebabkan timbulnya kudis beserta nanah pada bahagian tersebut.


Selain itu, pelajar-pelajar yang dianggap serius tidak dibenarkan untuk hadir ke sekolah bagi mengelakkan mereka bersentuhan dengan pelajar lain dan seterusnya menyebabkan jangkitan.

Turut ditemui bangkai haiwan seperti tikus turut ditemui pada sebuah blok bahagian atas siling bangunan sekolah berkenaannya.Justeru, block bangunan berkenaan diarahkan tutup serta merta selama dua minggu bagi membersihkan kawasan yang didapati mempunyai risiko tinggi untuk hama membiak.

Kes ini telah pandang serius oleh Jabatan Kesihatan Negeri dan langkah-langakah selanjutnya akan diambil untuk mengelakkan ianya nya berjangkit.Pihaknya akan sentiasa melakukan pemeriksaan dari semasa ke semasa termasuk membuat pemeriksaan secara berkala dibahagian siling bangunan supaya tiada bangkai tikus mahupun burung yang boleh menyebabkan kejadian serumpama ini berulang.


Tindakan segera telah diambil oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kampar sebaik sahaja menerima laporan mengenai kes ini.

Masalah ini berlaku pada bulan April, disebabkan itu blok bangunan ini telah diarahkan tutup mengikut  Seksyen 18(1)(c) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.Editor: Nora