15 Gambar Shila Amzah Dan Haris Selamat Diijab Kabul.


Penyanyi cantik manis Nurrshahila Amzah atau lebih mesra di panggil dengan nama Shila Amzah telah sah bergelar seorang isteri dengan hanya sekali lafaz.

Majlis perkahwinan Shila bertemakan konsep ‘pure forest garden featuring bohemian wood’ diadakan di kediaman rumahnya yang terletak di Cheras.

Hanya dengan sekali lafaz sahaja Shila Amzah sah bergelar isteri kepada Haris Idraki Elias yang berwakilkan bapanya ,iaitu Amir Amzah Salleh.

Majlis pernikahan yang gilang gemilang itu bermula pada pukul 6 petang dan turut dihadiri oleh kenalan rapat Shila seperti,Jihan Muse, Farah Fauzana ,Zarazya dan keluarga sebelah suaminya.

Majlis ini bertemakan ‘pure forest garden featuring bohemian wood’ itu berlangsung di kediaman Shila di Cheras sekitar jam 6 petang hari ini.

Akad nikah pasangan ini disaksikan oleh Ustaz Helmi Saadon dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Penyanyi yang cukup fasih berbahasa Cina ini telah menerima mas kahwin berjumlah RM888 daripada pihak lelaki,manakala jumlah hantaran tidak didedahkan.

Shila tampil dengan busana ayu tersebut hasil daripada ideanya sendiri.Seramai 400 tetamu telah hadir meraikan pasangan sejoli ini.

Menurut Shila,majlis resepsi akan diadakan pada 22 April ini disebuah hotel di Putrajaya.Editor- Nora