Wany Hasrita Dikecam Netizen Kerana Bertudung Singkat


Penyanyi yang baru meningkat naik namanya di dalam industri seni tahan air iaitu Nurshazwany Hasrita binti Hasbullah atau nama komersialnya Wany Hasrita ini pernah porpular dengan lagu single pertamanyayang bertajuk Menahan Rindu dan lagu berduet bersama Tajul Ariff Noor bin Md Shari, iaitu Disana Cinta Disini Rindu. Wany berasal dari Cheras, Kuala Lumpur dan kini menetap di Shah Alam.

Beliau telah berjaya menamatkan pengajiannya di MSU Shah Alam, dalam Ijazah Sains Perubatan dan merupakan artis rakaman FMC Music.Nama penyanyi ini jarang sekali kita dengar terpalit dengan gosip-gosip panas di dalam industri tanah air.

Imejnya yang sentisa berpakaian sopan dengan bertudung menutupi auratnya menjadikan beliau sentisa dipuji oleh para peminat.

Baru-baru ini Wany telah memuat naik gambar nya di laman Instagram miliknya iaitu @wanyhasrita.Gambar tersebut dikatakan Wany sengaja memendekkan tudungnya yang labuh supaya tulisan yang ada pada baju nya itu boleh dilihat. Gambar tersebut jelas sekali menampakkan bentuk dada Wany.

Pelbagai komen negatif telah muncul selepas beliau memuat naik gambar tersebut dilaman Instagram miliknya baru-baru ini. Kebanyakkan para peminat Wany menyatakan supaya Wany terus mempertahankan imejnya yang sopan dengan bertudung labuh.

Namun,ada juga segelitir netizen yang menyatakkan Wany seolah-oleh lupa diri setelah namanya meningkat naik didalam industri tanah air.Editor: Ila Hakimi