Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Rabu, 21 Mac 2018

Wanita Ambil Peperiksaan Sambil Dodoi Bayi Tular Di Media Sosial


Afghanistan - Seorang wanita yang bernama Jahan Taab menjadi bualan hangat netizen di media sosial kerana menduduki peperiksaan sambil menjaga bayinya di atas lantai bilik peperiksaan.

CNN melaporkan wanita itu berusia 25 tahun itu mengambil peperiksaan untuk kemasukan kursus sains sosial di Institut Pengajian Tinggi Nasirkhosraw di bandar Nilli.

Pensyarah Universiti berkenaan, Yahya Erfan berkata wanita yang sedang menduduki peperiksaan itu bangun dari kerusi meja tulisnya apabila bayinya yang berusia 2 bulan menangis.

Erfan sempat mengambil gambar wanita itu dan dikongsikan melalui facebook. Gambar wanita itu menjadi tular dan dikongsikan oleh ribuan netizen di Twitter.

“Wanita itu mempunyai tiga orang anak dan berjalan lebih enam jam untuk sampai ke bandar Nilli.”

“Sungguh luar biasa dan semua rakan sekelasnya amat kagum dengannya,” kata Erfan kepada CNN.

Kini Taab telah lulus ujian kemasukan universiti namun dia bimbang sekiranya tidak mampu untuk membayar yuran pengajian.

Taab telah berkahwin dengan seorang petani dan dia mempunyai minta untuk meneruskan pengajian tinggi.

Untuk membantu Taab meneruskan azamnya, sebuah organisasi Bristish Persatuan Belia Afghanistan telah melancarkan GoFundMe untuk memberi bantuan dari segi kewangan untuk Taab.

Organisasi tersebut juga menggelar Taab sebagai contoh kepada ribuan wanita Afghanistan yang sedang menghadapi cabaran yang sama. Editor:Anna




Tiada ulasan:

Catat Ulasan