Wajah Puteri Kelahiran Siti Nurhaliza Tersebar.


Telah kecoh di laman sosial semalam apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyebarkan gambar puteri kelahiran Datuk Seri Siti Nurhaliza di mana individu terbabit langsung tidak menghormati privasi keluarga terbabit.

Untuk menjawab segala pertanyaan tersebut sama ada gambar itu adalah gambar anaknya, suami kepada Siti, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa terpaksa mengiyakan perkara berkenaan dan mengaku bahawa itu adalah anaknya.

Walaupun merasa terkilan dengan tindakan terbabit, namun gambar yang memaparkan bayi itu berada di riba seorang wanita itu mulai menjadi perhatian ramai dan mulai dikongsi pengguna laman sosial.

“Ya, itu gambar anak kami,” katanya ringkas.

Terdahulu, gambar dan video puteri kelahiran Siti itu telah dimuat naik di laman sosial Facebook namun ianya telah mendapat kecaman netizen gara-gara tindakan pemilik akaun itu yang tidak menghormati privasi pasangan terbabit.

Dalam pada itu, rata-rata netizen juga turut meminta agar pemilik akaun berkenaan memadam semua status yang dimuat naiknya di laman sosial terbabit.

Dalam pada masa yang sama, Datuk Khalid telah memberikan makluman awal bahawa mereka bakal berkongsi wajah dan nama sebenar anak mereka apabila tiba waktu yang sesuai.

Selain itu, pengurus kepada Siti, Rozi Abdul Razak dalam pada masa yang sama turut meluahkan rasa terkilan dengan penyebaran gambar terbabit.

“Sebagai menghormati Siti dan suami, saya rasa kita yakinlah dengan apa yang mereka sudah katakan.”

“Akan tiba hari dan masanya. Maaf kepada yang bertanya, kerana saya memilih untuk menghormati Siti dan suami,” ujarnya. Sumber: Harian Metro, Editor: S