Video Remaja Di Escort Anggota Polis Tular Di Media Sosial


Satu rakaman berdurasi 14 saat yang dirakam oleh seorang pemandu telah menjadi viral di laman sosial gara-gara melihat dua buah motosikal polis sedang mengekori dan mengescoat seorang penunggang motosikal.

Kejadian itu disifatkan sebagai perkara yang melucukan kerana lelaki terbabit didapati tidak memakai topi keledar semasa memandu.

Namun, melihat rakaman terbabit, anggota polis tersebut hanyalah menjalankan tugas yang diamanahkan di mana mereka perlulah menjaga keselamatan orang ramai daripada terlibat dalam sebarang kejadian yang tidak diingini.

Mungkin semua ini adalah pengalaman buat remaja lelaki terbabit di mana dia akan menganggap bahawa itu adalah satu memori yang pasti tidak akan dapat dilupakan. 

Walaupun tidak mengetahui lokasi yang hendak dituju, remaja terbabit hanya dilihat mematuhi arahan pihak berkuasa tanpa menghadapi sebarang masalah. Sumber: Video GP KU, Editor: Maya