Video Peniaga Basuh Sayur Dengan Menggunakan Air Takungan Hujan Di Atas Jalan Raya


Menerusi satu video yang berdurasi 1 minit 36 saat di mana video terbabit telah diambil oleh salah seorang pengunjung yang datang ke pasar malam yang terletak di Pelangi, Rawang.

Video yang menjadi tular di laman sosial itu menunjukkan seorang peniaga sayur-sayuran di pasar malam terbabit dipercayai lelaki warga Bangladesh yang sedang membasuh sayur dengan menggunakan air hujan yang bertakung di atas jalan.

Peniaga terbabit dilihat sedang asyik membasuh sayuran yang hendak dijualnya dengan menggunakan air yang kotor dan tanpa dia sedari perbuatannya itu telah dirakam.

Dalam pada masa yang sama juga dapat dilihat, kaki peniaga terbabit juga turut berada di dalam takungan air terbabit.

Perbuatan tersebut disifatkan sebagai pengotor kerana air yang digunakan itu juga tidak bersih dan sudah pasti akan mencemarkan sayur-sayuran yang dibasuhnya itu.

Penduduk di sekitar kawasan pasar malam terbabit diminta supaya berhati-hati semasa membeli sayuran yang dijual oleh peniaga tersebut.

Walaupun perbuatan tersebut dilihat oleh beberapa orang pengunjung, namun peniaga terbabit terus melakukannya tanpa mempedulikan sesiapa. Editor: Maya