Video Penduduk Kampung Dan Pihak Bomba Menyelamatkan Tapir.



Rakaman untuk menyelamatkan seekor tapir yang terjatuh ke dalam sebuah longkang telah menjadi tular di laman sosial baru-baru ini.

Tapir yang malang itu bagaimanapun tidak dapat menyelamatkan dirinya dan tersekat sehingga memaksa pihak bomba untuk datang membantunya.

Kejadian itu dikatakan berlaku di Bandar Tasik Puteri, Rawang dan melalui rakaman yang berdurasi 34 saat itu menunjukkan kerja-kerja menyelamat yang dijalankan pihak berkuasa bersama dengan bantuan daripada orang ramai.

Dalam pada itu, turut kelihatan tapir berkenaan mendapat kecederaan kerana tersekat di dalam longkang kecil tersebut.

Tindakan yang dilakukan untuk menyelamatkan hidupan liar berkenaan patut dipuji kerana tapir adalah binatang yang dipelihara dan merupakan salah satu haiwan yang diancam kepupusannya. Editor: Maya