Video- Pemilik Kenderaan Tidak Puas Hati, Keretanya Yang Rosak Di "clamp" Oleh Pihak Berkuasa


Salah seorang pengguna laman Facebook telah meluahkan rasa tidak puas hati kerana tayar keretanya telah dikunci oleh pihak berkuasa. Dia mengambil keputusan untuk meletakkan kereta tersebut dibahu jalan kerana keretanya mengalami kerosakkan dan enjin kereta tersebut tidak boleh di hidupkan.Kejadian ini dikatakan telah berlaku di Klia

Walau bagaimanapun, pemilik kereta berkenaan telah pun meletakkan nombor telefon serta menyatakkan sebabnya mengapa dia meletakkan keretanya di situ.Tujuannya adalah, jika berlaku kejadian seperti ini pihak berkuasa dapat memaklumkan kepadanya terlebih dahulu.


Namun, pihak berkuasa tidak menghubunginya dan terus mengambil tindakkan dengan mengunci kereta tersebut serta merta tanpa menghubunginya. Disebabkan itulah, pemilik kereta berkenan telah meluahkan rasa tidak puas hati kepada pihak berkenaan kerana bertindak sedemikian.

Jika pihak berkuasa menghubunginya terlebih dahulu,dapatlah pemilik kereta berkenaan tampil dan memberikan keterangan yang jelas.Sepatutnya,pihak berkuasa juga perlulah berhati perut, pemilik kenderaan tersebut bukan sengnaja meletakkan kenderaan nya di bahu jalan tetapi akibat keretanya mengalami kerosakkan yang serius dan enjin keretanya tidak dapat dihidupkan.

Pemilik kenderaan tersebut meluahkan rasa kesal dan kecewa dengan tindakan yang telah dikenakan oleh pihak berkuasa kepadanya. Kes sebegini sepatutnya boleh dibawa berbicang terlebih dahulu tanpa membuat keputusan mengunci tayar keretanya yang rosak itu. Sumber: Awe Raykal. Editor: Ila Hakimi