Video Kanak-Kanak Menangis Sambil Menunggu Penceraian Ibu Bapanya.


Kasihan dan pilu. Itulah perasaan dapat diungkap melalui rakaman yang tersebar mengenai seorang kanak-kanak yang sedang menunggu perbicaraan mengenai kes penceraian kedua ibu bapanya di luar mahkamah.

Jatuh air mata ini saat menyaksikan kejadian ini bila mana anak yang tidak mengetahui apa-apa terpaksa menjadi mangsa.

Kejadian menyayat hati ini dikhabarkan berlaku di Mahkamah Rendah Syariah Klang bila mana kanak-kanak terbabit yang berada di luar mahkamah sedang memikirkan apakah nasibnya yang akan berlaku ke atas dirinya selepas ini sambil mengesat air matanya yang jatuh.

Adakah selepas penceraian tersebut, kehidupannya akan berubah?

Adakah dia masih lagi akan mendapatkan kasih sayang yang sama seperti sebelum ini?

Semuanya itu hanya boleh dijawab oleh dirinya sendiri kelak kerana tiada sesiapa pun yang dapat memahami hati seorang anak yang melihat ibu bapanya bercerai.

Mungkin bagi pasangan yang berkahwin merasakan penceraian adalah jalan yang betul, namun itu bukanlah jaminan kerana mungkin tanpa kita sedari dengan penceraian tersebut telah memusnahkan impian kanak-kanak yang masih lagi memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapanya.

Bagi ibu bapa, perhatikanlah nasib anak-anak anda terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang keputusan yang pastinya akan mengubah kehidupan kanak-kanak terbabit seratus peratus.