Video Janna Nick "Cover" Lagu Di Matamu


Umum mengetahui mengenai kemesraan yang ditunjukkan oleh Janna Nick bersama dengan keluarga Sheila Rusly.

Pelbagai video dapat dilihat melalui perkongsian mereka di media sosial di mana sudah menjadi kebiasaan keluarga itu akan meluangkan masa untuk bersama.

Terbaharu, satu video telah dimuat naik di laman sosial menunjukkan suami kepada Shiela iaitu Jinggo sedang bermain gitar manakala Janna pula menyanyikan lagu terbaru Sufian Suhaimi berjudul Di Matamu.

Ternyata ada pihak yang kurang senang apabila video tersebut dimuat naik kerana terdapat beberapa pihak yang mengkritik nyanyian Janna itu.

Oleh kerana merasakan perkara tersebut tidak sepatutnya dilakukan oleh Janna, pihak netizen mula meninggalkan banyak komen negatif di mana mereka menganggap bahawa Janna haruslah berhenti menyanyi kerana mempunyai suara yang sumbang.

Tidak ketinggalan juga, ada yang meminta supaya Janna hanya memokuskan diri dalam bidang lakonan sahaja tanpa perlu menceburi bidang nyanyian.

Bagi anda yang belum mendengar nyanyian Janna, kami kongsikan video ini. Sumber: Rotikaya, Editor: Maya