Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Isnin, 19 Mac 2018

Tikam Ibu Sebelum Tikam Diri Sendiri Kerana Berang


KUALA LUMPUR: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas dia ditikam oleh anak lelakinya di Jalan Batu Bata Off Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Kejadian ini dikatakan berlaku semalam apabila anak wanita terbabit yang mengalami masalah mental bertindak di luar jangkaan dan mengambi pisau lalu menikam wanita terbabit.

Mangsa yang dikenali sebagai Ong Beng Lee, 52 itu telah mengalami kecederaan di bahagian dada kanannya manakala suspek yang berusia 33 tahun mengalami kecederaan di dada kirinya kerana dia telah menikam dirinya sendiri.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 7.45 pagi.

“Ketika kejadian, hanya suspek dan mangsa berada di rumah sebelum insiden itu didengari jiran mereka yang membantu wanita berkenaan.”

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami mendapati mangsa yang juga pekerja pembersihan sudah dibawa ke hospital, manakala suspek masih berada di rumah berkenaan.”

“Suspek bertindak agresif ketika cuba ditahan oleh Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang tiba di lokasi kejadian menyebabkan seorang anggota polis melepaskan tembakan elektrik menggunakan taser sebelum suspek ditahan pada 9.46 pagi dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan selepas menikam diri sendiri,” katanya.

Hasil daripada siasatan awal yang dibuat, pihaknya mendapati bahawa suspek telah menikam ibunya kerana berang selepas diminta untuk mengambil ubat rawatan penyakit mental dialaminya selepas tiga hari enggan mengambil ubat berkenaan.

“Berdasarkan kad rawatan suspek mendapati kali terakhir dia menerima rawatan bagi penyakit mental pada Khamis lalu dan rawatan seterusnya pada 1 Mei nanti.”

“Mangsa yang cedera di bahagian dada kanan akibat kejadian itu menerima enam jahitan, manakala suspek masih dirawat di zon merah HKL dan kedua-duanya dilaporkan dalam keadaan stabil,” ujarnya lagi.

Bagaimanapun, kes ini akan disiasat dibawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana telah mendatangkan kecederaan. Sumber: Harian Metro, Editor: S

Tiada ulasan:

Catat Ulasan