Rempuhan Di Stesen Minyak Gara-Gara Tertekan Pedal Minyak


MELAKA: Seorang wanita telah merempuh sebuah pam minyak semasa sedang menunggu giliran untuk mengisi minyak di Ayer Molek gara-gara tertekan pedal minyak.

Wanita terbabit yang dipercayai berusia sekitar 60-an itu dikatakan datang ke stesen minyak terbabit bersama anaknya yang berumur 20 tahun untuk mengisi petrol.

Menurut beberapa orang saksi, wanita terbabit hanya duduk di dalam keretanya namun tanpa disangka telah berlaku satu dentuman yang kuat di pam minyak tersebut.

Kejadian itu disifatkan berlaku dengan sangat pantas namun mereka bersyukur kerana kejadian itu tidak mendatangkan kecederaan kepada sesiapa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil Penolong Kanan Penguasa Bomba Alias Ahmad berkata, sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan, beberapa orang anggota telah dikerahkan untuk ke tempat kejadian.

"Tiba di lokasi, kami dapati sebuah Honda City dihempap pam minyak namun tiada sesiapa cedera."

"Kejadian berlaku apabila pemandu Proton Saga dipercayai tertekan pedal minyak lalu merempuh pam berkenaan."

Kejadian tersebut telah menyebabkan kereta yang dipandu oleh wanita terbabit melanggar kereta Honda yang berada di hadapannya. Sumber: Harian Metro, Editor: S

Disclaimer: Gambar, artikel ataupun video yang ada di web ini terkadang berasal dari berbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika ada masalah terkait hal ini, Anda dapat menghubungi kami disini.
Related Posts
Disqus Comments