Remaja Terbunuh Gara-Gara Telefon Bimbit Meletup.


NEW DELHI: Seorang remaja dipercayai meninggal dunia selepas telefon bimbit yang digunanya meletup secara tiba-tiba di sebuah kediaman di Kheriakani, India.

Gadis terbabit yang dipercayai berusia 18 tahun itu yang dikenali sebagai Uma Oram dikatakan sedang menggunakan telefon bimbit jenis Nokia semasa sedang dicas.

Dia dipercayai sedang berbual dengan seorang saudaranya namun tanpa disangka telefon yang dipegangnya itu meletup dengan kuat.

Menurut adik kepada mangsa yang menyaksikan kejadian terbabit, dia yang terkejut dengan letupan terbabit terus berlari ke arah kakaknya itu dan melihat mayatnya itu mengalami kecederaan yang parah di bahagian muka, tangan dan juga dada.

Pihak polis yang dimaklumkan mengenai kejadian terbabit membawa mangsa ke hospital yang berdekatan dan mangsa disahkan meninggal ketika menerima rawatan di hospital.

Sementara itu, jurucakap kepada Nokia India menafikan bahawa telefon bimbit yang meletup itu adalah keluaran syarikat berkenaan. Sumber: The Sun, Editor: Maya