Berita Informasi Terkini

Only for Admin

Ads

Dikuasakan oleh Blogger.

Cari Blog Ini

Arkib Blog

Full-Width Version (true/false)

I Am The Author

Featured

Ads

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Subscribe Newsletter

Follow by Email

Footer Pages

/fa-fire/ YEAR POPULAR$type=one

Selasa, 20 Mac 2018

Pukul Adik Ipar Sehingga Meninggal Dengan Menggunakan 'Dumbbell'


TAIWAN: Seorang wanita didapati bersalah selepas dia dikatakan telah membunuh serta turut menanam adik iparnya dengan menggunakan simen di sebuah apartment di Taipei.

Suspek yang dikenali sebagai Zhang, 38, bertindak membunuh adik perempuan suaminya yang dikenali sebagai Ye, dengan memukul dahi menggunakan 'dumbbell'.m

Selain itu, suspek juga turut melemaskan mangsa di dalam tab mandi dan menanam mayat itu di dalam bilik mangsa.

Kejadian ini mulai terbongkar selepas mangsa dikatakan tidak hadir ke pejabatnya selama empat hari.

Mulai resah dan risaukan pekerjanya, majikan Ye bertindak menghubungi abang mangsa iaitu suami kepada Zhang untuk bertanya mengenai keadaan Ye.

Abang mangsa yang dilaporkan mengenai kehilangan mangsa bergegas pulang ke rumah dah mendapati timbunan simen di dalam bilik adiknya.

Dalam pada itu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan apartment berkenaan menunjukkan kelibat Zhang yang sedang membawa 30 beg simen ke dalam apartment tersebut.

Pihak polis yang tiba di tempat kejadian telah mengambil masa selama dua jam untuk mengeluarkan mayat mangsa daripada timbunan simen tersebut.

Bagaimanapun, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke makmal forensik hospital untuk dibedah siasat.

Apabila disoal siasat Zhang memberitahu pihak polis dengan nada tenang bahawa dia tidak mengetahui apa-apa mengenai perkara yang berlaku ini.

Namun apabila dia tiba di balai polis, wanita itu akhirnya mengaku bahawa dia telah membunuh dan menanam mayat adik iparnya. Sumber: Astro Awani, Editor: Maya


Tiada ulasan:

Catat Ulasan